BANGKOK: Pembukaan Lapangan Terbang Betong di wilayah Yala bakal membuka peluang kepada pembangunan ekonomi di selatan Thailand.
Menurut Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, lapangan terbang baharu itu adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan membangunkan ekonomi dan keselamatan di tiga wilayah sempadan selatan.
Tambahnya, lapangan terbang itu akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan, lapor Asia News Network.
Pelan itu mengkategorikan Pattani sebagai "Zon Pertanian", daerah Sungai-Klok Narathiwat sebagai "Bandar Penghubung Perdagangan Sempadan", dan daerah Betong sebagai "Bandar Pelancongan Model".
Ketiga-tiga zon ini juga akan dihubungkan dalam usaha meningkatkan pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Sementara itu penerbangan carter pertama dari Bangkok mendarat di lapangan terbang itu pada Sabtu.
Laluan Don Muang-Betong yang dikendalikan oleh Nok Air itu juga bakal meningkatkan perniagaan dan pelancongan di daerah Betong.
Syarikat penerbangan itu diberikan kebenaran untuk terbang di dua laluan komersial ke Yala iaitu laluan Don Muang-Betong-Don Muang dan laluan Hat Yai-Betong-Hat Yai.
Lapangan Terbang Betong juga menyediakan perkhidmatan penerbangan kerajaan dan swasta.
Astro Awani
Mon Jan 31 2022
![Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643596340_BetongInternational.jpg)
Lapangan Terbang Betong akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647278760_PrayuthChanocha.jpg)
Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Antarabangsa Betong yang baharu, bernilai 1.9 bilion baht menyambut penerbangan sulung pada Isnin.
![Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643596340_BetongInternational.jpg)
Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Betong akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan.
![MOT lulus cadangan Kerajaan Sarawak naik taraf STOLport Lawas MOT lulus cadangan Kerajaan Sarawak naik taraf STOLport Lawas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638600750_WeeKaSiong.jpg)
MOT lulus cadangan Kerajaan Sarawak naik taraf STOLport Lawas
Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi kelulusan kepada cadangan Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf Padang Terbang (STOLport) di Lawas kepada lapangan terbang.