Sebuah helikopter penyelamat yang membawa sembilan penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan wilayah tengah Jepun beberapa jam selepas helikopter itu terputus hubungan.

Kementerian Pertahanan memaklumkan pasukan penyelamat berjaya menemui lapan mangsa di kawasan terhempas, ‎Maebashi Jepun.

Bagaimanapun, mangsa kesembilan masih hilang.

Pegawai Gunma Prefecture, utara Tokyo berkata helikopter Bell 412EP membawa tujuh pekerja penyelamatan tempatan dan dua anak kapal terputus hubungan selama sejam selepas berlepas pada Jumaat.

Penerbangan dua jam yang dirancang adalah untuk memantau laluan untuk pendaki gunung yang bakal dibuka hujung minggu ini.

Rakaman stesen televisyen menunjukkan serpihan helikopter itu berselerak di kawasan pergunungan.

Pihak berkuasa berkata, punca kemalangan itu masih dalam siasatan.