Barisan panjang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha pada waktu malam ketika orang ramai mula berkumpul untuk menghadiri pengebumian itu yang akan dihadiri oleh pemimpin dan pegawai dari banyak negara, lapor Agensi Anadolu.
Beberapa jalan utama dan jalan samping di Doha telah ditutup kepada lalu lintas, dengan polis melaksanakan langkah keselamatan yang ketat, terutamanya di sekitar Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab, di mana solat jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut seorang wartawan Anadolu.
Kawasan sekitar masjid juga menyaksikan kehadiran ketara wartawan dari media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan pengebumian itu.
Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu kota Iran. Walaupun Hamas dan Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, Tel Aviv tidak mengesahkan atau menafikan tanggungjawabnya.
Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Komander Hizbullah, Fuad Shukr dibunuh dalam serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut.
-- BERNAMA