WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu "mengutuk" sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) beberapa jam sebelum pemimpin Korea Selatan dan Jepun bertemu pada sidang kemuncak di Tokyo.
"Walaupun penilaian INDOPACOM A.S. menunjukkan pelancaran itu tidak menimbulkan ancaman kepada anggota AS atau wilayah atau ke atas sekutu kami, pelancaran ini menimbulkan ketegangan dan menjejaskan kestabilan keselamatan di rantau ini," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih Adrienne Watson.
"Ia hanya menunjukkan bahawa DPRK (Republik Rakyat Demokratik Korea) terus mengutamakan senjata pemusnah besar-besaran dan program peluru berpandu balistik yang menyalahi undang-undang berbanding kesejahteraan rakyatnya," menurut kenyataan itu.
Sambil mendesak "semua negara" supaya mengutuk pelanggaran oleh Korea Utara itu beliau berkata: "Pasukan keselamatan AS sedang berkoordinasi rapat dengan sekutu dan rakan kongsi kami."
Beliau berkata AS akan mengambil "semua langkah perlu" bagi memastikan keselamatan tanah air Amerika, Korea Selatan dan sekutu Jepun.
Korea Utara sebelum ini mengesahkan telah melancarkan dua peluru berpandu darat ke darat.
Satu dilancarkan pada Selasa di kawasan sekitar Daerah Jangyon di wilayah Hwanghae Selatan.
Pelancaran terbaharu itu berlaku sehari selepas AS dan Korea Selatan memulakan latihan Freedom Shield, yang bermula pada Isnin dan berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari.
Tindakan Korea Utara itu juga dibuat beberapa jam sebelum Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berlepas ke Tokyo untuk bertemu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam lawatan pertama presiden Korea Selatan dalam tempoh 12 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Amerika Syarikat "mengutuk" sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) beberapa jam sebelum pemimpin Korea Selatan dan Jepun bertemu pada sidang kemuncak di Tokyo. - Gambar fail/REUTERS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.