KUALA LUMPUR: Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini supaya kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dimansuhkan, merupakan langkah ke hadapan dalam memastikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali kepada asas pembentukannya.
Pengkritik menyifatkan veto sebagai elemen PBB paling tidak demokratik, dan merupakan punca utama tiada tindakan diambil terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, seperti dilihat dalam konflik dan krisis yang berlarutan di dunia terutama di Palestin, Myanmar dan Ukraine.
Dalam Kenyataan Negara pada UNGA ke-77 Jumaat lepas, Ismail Sabri menggesa agar kuasa veto UNSC dimansuhkan, selaras dengan prinsip satu negara satu undi, selain gesaan yang semakin meningkat supaya UNSC, organisasi utama PBB, disusun semula.
Perdana Menteri menegaskan lima anggota tetap UNSC (China, Perancis, Rusia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS)) yang mempunyai kuasa veto, menggunakannya untuk manfaat mereka sendiri, dan bukan demi kepentingan dunia.
Malah, sebelum Ismail Sabri, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyuarakan pendiriannya mengenai kuasa veto dengan menggesa penguasaan lima anggota tetap UNSC itu ditamatkan.
Pendirian Malaysia untuk menghapuskan kuasa veto ahli tetap UNSC itu turut dikongsi ramai ahli PBB, seorang ahli strategi pertahanan dan ahli geostrategi melihat gesaan itu (menghapuskan kuas veto) tidak akan berjaya.
Timbalan Pengarah Penyelidikan di Pusat Kajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Adam Leong berkata Perdana Menteri dengan jelas menyatakan bahawa sudah sampai masanya kuasa veto P5 (lima tetap) UNSC, sisa daripada Perang Dunia Kedua, yang tidak menggambarkan dinamik dunia hari ini, disusun semula.
Leong berkata sepanjang sejarah PBB, banyak konflik tercetus, namun UNSC tidak bertindak akibat veto atau ancaman veto daripada ahli tetap yang ingin melindungi kepentingan negara sendiri dan sekutu mereka.
"Prinsip payung 'keselamatan kolektif' PBB tidak berfungsi. Dunia telah berubah dan melupakannya," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, pakar geostrategi Prof Azmi Hassan berkata cadangan untuk menstruktur semula UNSC bagi meningkatkan keberkesanan dan kredibilitinya hanya dapat diwujudkan dengan persetujuan semua lima kuasa veto sedia ada.
Felow Kanan di Akademi Nusantara bagi Penyelidikan Strategik (NASR) itu berkata cadangan untuk menstruktur semula badan pembuat keputusan tertinggi PBB tidak akan ke mana tanpa persetujuan lima kuasa besar, sekali gus menyukarkan badan dunia itu untuk kembali kepada asasnya.
"Untuk menyusun semula (UNSC), anda memerlukan persetujuan lima kuasa besar... tidak mungkin mereka akan bersetuju...walaupun 187 negara lain bersetuju dengan penstrukturan semula UNSC. Tanpa persetujuan lima kuasa besar itu, cadangan itu kekal sebagai cadangan, dan amat sukar untuk PBB kembali ke asasnya," katanya kepada Bernama sebagai respons kepada kenyataan perdana menteri pada UNGA.
Azmi berkata setiap negara kuasa veto, telah menggunakan kuasa berkenaan untuk menyekat tindakan yang mereka percaya mengancam kepentingan mereka, tanpa mengambil kira manfaat awam yang lebih besar.
"Sebagai contoh, perang Ukraine-Rusia. Ia tidak dapat diselesaikan kerana kuasa veto yang dimiliki oleh Rusia... resolusi yang telah diputuskan tidak dapat dilaksanakan berhubung perang di Ukraine," katanya sambil mengaitkannya dengan resolusi UNSC pada awal tahun ini yang menggesa Rusia segera menghentikan serangkan ke atas Ukraine dan menarik balik semua tenteranya, telah diveto oleh Rusia.
Pada Mei, Rusia dan China menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang resolusi UNSC yang dirangka oleh UK, yang menyuarakan kebimbangannya terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meningkat di Myanmar.
Jelas, kuasa veto menyebabkan UNSC tidak bertaring dan tidak mampu memenuhi matlamat yang dikatakan untuk mengekalkan keamanan global.
"Ini menunjukkan kuasa veto yang dimiliki lima kuasa besar itu akan terus menjadi penghalang dalam menyelesaikan sesuatu isu atau konflik global," katanya,
Leong juga bersetuju dengan Azmi bahawa walaupun desakan yang semakin meningkat untuk perubahan, percubaan untuk reformasi kuasa veto dalam UNSC tidak mudah.
"Satu daripada sebabnya ialah sebarang tindakan diputuskan PBB, hanya UNSC, yang 'dikawal' oleh anggota P5 yang mempunyai kuasa veto, mempunyai kuasa untuk melaksanakan keputusan PBB.
"P5 tidak akan mudah melepaskan kuasa veto eksklusif mereka. Kuasa veto mereka dalam badan paling berkuasa di PBB memberi mereka prestij, pengaruh dan kawalan ke atas PBB," katanya.
Menurut data World Population Review, Rusia paling banyak menggunakan kuasa vetonya, sebanyak 120 kali, diikuti AS sebanyak 82 kali. UK telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 29 kali, Perancis 16 kali manakala China sebanyak 17 kali, sebahagian besarnya digunakan dalam tempoh sepuluh tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Pengkritik menyifatkan veto sebagai elemen PBB paling tidak demokratik, dan merupakan punca utama tiada tindakan diambil terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. - Gambar/ Reuters

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.

Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman
Malaysia seru Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB.

Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah dalam mempertahankan keselamatan negara
Adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Israel gesa sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB susulan serangan Iran
Iran tidak lama lagi akan merasai akibat daripada tindakan mereka (dan) akibat itu akan menyakitkan mereka, kata Danny Danon.

Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.

UNSC adakan mesyuarat tergempar berkaitan Lubnan pada Rabu
Majlis Keselamatan PBB akan bersidang dalam satu mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan.

Najib gesa Majlis Keselamatan PBB bersikap tegas atas kekejaman Israel
PM sementara Lubnan turut menegaskan, komuniti antarabangsa juga memikul tanggungjawab untuk menghentikan serangan Israel.

AS gesa Majlis Keselamatan PBB sokong Israel
AS turut menyeru majlis itu untuk meminta Iran bertanggungjawab atas sokongannya terhadap Hezbollah.

China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
China turut memberi amaran pembunuhan Ismail Haniyeh berpotensi mencetus 'krisis lebih besar.'

Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant
Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.