Mendiang Lee Kuan Yew memberi dorongan kuat kepada rakyat kerana mendiang terpaksa membangunkan sepenuhnya Singapura dengan cepat, kata Menteri Kanan, Emeritus Goh Chok Tong.
Seperti dinyatakannya, Goh berkata Kuan Yew perlu memberi penekanan kepada kehidupan berjuta-juta rakyat Singapura.
"Beliau menghimpunkan dan menyatukan penduduk yang berbeza untuk berkongsi masa depan yang sama.
Beliau mengharungi dasar-dasar jangka panjang yang menyakitkan. Petani ditempatkan semula dan tanah diperoleh.
"Masjid dan kuil lama memberi laluan bagi pembangunan perumahan awam, jalan raya dan sekolah. Samseng dan pengedar dadah ditahan tanpa perbicaraan.
"Sesetengah orang mendakwa bahawa dasar-dasar ini tidak menunjukkan belas kasihan," kata Goh dalam kata-kata pujian kepada mendiang Kuan Yew pada Upacara Pengebumian Negara di Pusat Kebudayaan Universiti hari ini.
Tetapi, katanya, Kuan Yew mengajar orang bagaimana untuk mencipta kejayaan dan membawa kejayaan kepada Singapura.
"Beliau menyediakan perumahan dan kemudahan pendidikan untuk berjuta-juta rakyat Singapura. Beliau menyediakan jalan dan taman yang selamat.
"Ucapan kesedihan, terima kasih dan perasaan cinta kepada beliau membuktikan segala-galanya," kata Goh sambil menambah rakyat tahu mendiang melakukan kebaikan yang amat besar untuk mereka.
Goh berkata Kuan Yew adalah seorang yang berjiwa Singapura.
"Tetapi ia mengejutkan saya bahawa beliau menerima sanjungan itu hanya dua tahun selepas kemerdekaan Singapura," katanya.
Beliau juga berkata bahawa mendiang ialah seorang guru yang hebat yang sentiasa mengimbas masa depan, menjangkakan cabaran, menangani masalah dan memikirkan jalan penyelesaian.
Dalam menuju ke arah peralihan kepimpinan, Goh berkata, Kuan Yew perlu memendekkan kerjaya politik rakan-rakan lamanya.
"Ini adalah menyakitkan untuknya. Beliau berkata bahawa adalah sukar daripada segi emosi tetapi ia perlu... Saya terpaksa melakukannya, walau apapun perasaan saya," kata bekas timbalan presiden itu.
Bernama
Mon Mar 30 2015

CHOK TONG: Kuan Yew mengajar orang bagaimana untuk mencipta kejayaan dan membawa kejayaan kepada Singapura.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hari Kebangsaan Singapura disambut sederhana
Satu istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay hari ini.

PM Lee: Goh Chok Tong bersara daripada politik Singapura
Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong membuat keputusan untuk bersara daripada politik pada Pilihan Raya Umum akan datang, menurut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang
Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi PM Malaysia ke-7.

Muhyiddin keluar hospital tidak lama lagi
-Muhyiddin sedang pulih dengan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar buat beliau kerana Malaysia perlukan beliau."

Kuan Yew seorang guru yang hebat - Goh Chok Tong
Kuan Yew mengajar orang bagaimana untuk mencipta kejayaan dan membawa kejayaan kepada Singapura.

Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostate
Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostate pada Sabtu.