Menteri Kanan Emeritus, Goh Chok Tong membuat keputusan untuk bersara daripada politik menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, menurut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Menurut Lee, 'dengan rasa amat sedih' beliau menerima keputusan Goh untuk bersara yang dimaklumkan kepadanya menerusi sepucuk surat, bermakna bekas perdana menteri itu tidak akan bertanding dalam PRU kali ini selepas 44 tahun menjadi Ahli Parlimen.
"Kami telah bekerja bersama-sama selama hampir 40 tahun," kata Lee dalam catatan terkininya di Facebook pada Khamis yang turut disertakan dengan gambar beliau dan Goh.
Lee dalam tulisannya itu menyatakan Goh telah melalui perjalanan politik luar biasa dan menjadi Ahli Parlimen kawasan Marine Parade sejak berusia 35 tahun iaitu pada 1976.
"Beliau pernah memegang pelbagai portfolio sebelum diminta oleh rakan-rakan menteri (termasuk saya) menjadi Perdana Menteri kedua Singapura dan beliau tidak mengecewakan Singapura.
"Saya secara peribadi akan selamanya terhutang budi pada Chok Tong, yang membawa saya menceburi politik. Persahabatan kami amat akrab sepanjang kerjaya saya dalam politik dan begitu juga beliau - persahabatan erat antara dua perdana menteri yang dicemburui banyak negara."
Lee, mewakili semua rakyat Singapura mengucapkan terima kasih kepada Goh atas "perkhidmatan cemerlang kepada negara dan rakyat selama ini."
"Quo Vadis (ke mana anada akan pergi), Chok Tong? Apa juga yang anda pilih untuk lakukan, saya mengucapkan selamat bersara dan semoga sentiasa gembira," tulis Lee.
Kira-kira 2.6 juta pemilih akan mengundi pada PRU Singapura pada 10 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong membuat keputusan untuk bersara daripada politik pada pilihan raya umum akan datang.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Hari Kebangsaan Singapura disambut sederhana
Satu istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay hari ini.

PM Lee: Goh Chok Tong bersara daripada politik Singapura
Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong membuat keputusan untuk bersara daripada politik pada Pilihan Raya Umum akan datang, menurut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang
Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi PM Malaysia ke-7.

Muhyiddin keluar hospital tidak lama lagi
-Muhyiddin sedang pulih dengan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar buat beliau kerana Malaysia perlukan beliau."

Kuan Yew seorang guru yang hebat - Goh Chok Tong
Kuan Yew mengajar orang bagaimana untuk mencipta kejayaan dan membawa kejayaan kepada Singapura.

Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostate
Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostate pada Sabtu.