WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa berkata pihaknya masih meneruskan rundingan diplomatik antara Rusia dan Barat mengenai Ukraine, serta Rusia bakal berdepan sekatan ketat jika memilih menyerang negara jirannya.
Biden berkata, AS serta sekutu dan rakan kongsinya bersedia "terlibat dalam diplomasi dengan Rusia bagi meningkatkan kestabilan dan keselamatan di Eropah secara keseluruhan" namun, andai Rusia memilih menyerang Ukraine, Barat akan bertindak balas dengan tegas.
Beliau bersetuju dengan cadangan kerajaan Rusia meneruskan rundingan diplomatik dan perlu memberi ruang terhadap diplomasi untuk berjaya, katanya lapor Xinhua.
Menerusi panggilan telefon pada Sabtu, Biden memaklumkan Presiden Vladimir Putin bahawa AS bersedia untuk terus menjalankan diplomasi peringkat tinggi bagi merundingkan persefahaman secara bertulis dengan negara itu.
Presiden AS mendakwa, negaranya telah membentangkan idea kukuh untuk mewujudkan persekitaran aman di Eropah - merujuk kepada dokumen bertulis yang diserahkan AS kepada Rusia bulan lepas bagi menangani kebimbangan keselamatan Moscow.
Menurut Kremlin, dokumen AS itu telah mengabaikan tuntutan utamanya yang mahu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak menerima ahli baharu, Ukraine, kerana boleh mewujudkan ancaman kepada negaranya.
Biden berkata, dalam sesi dialog akan datang dengan Rusia, AS tidak akan mengorbankan prinsip asas yang bertujuan mewujudkan keselamatan bersama AS serta sekutu dan rakan kongsinya, sekali gus ia penolakan secara tidak langsung terhadap tuntutan Rusia supaya Ukraine tidak dibenarkan menyertai NATO.
Sementara itu, Putin pada Selasa berkata, Rusia bersedia berbincang dengan Barat mengenai beberapa isu melibatkan pengharaman peluru berpandu ke Eropah serta menyekat latihan ketenteraan di benua itu, tetapi perbincangan perlu diadakan kerana membabitkan pelbagai isu penting kedua-dua pihak.
Beliau berkata jika Ukraine menjadi sebahagian anggota NATO, ia menjadi ancaman keselamatan utama Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Biden bersetuju dengan cadangan kerajaan Rusia untuk meneruskan dan memberi ruang terhadap diplomasi untuk berjaya. - Reuters
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Donal Trump akan bertemu Joe Biden di Pejabat Oval pada Rabu
Mesyuarat di White House merupakan tradisi dalam pentadbiran Washington - kecuali pada 2020 apabila Trump kalah dalam pilihan raya menentang Biden.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
Biden ucap tahniah, jemput Trump ke White House bincang peralihan kuasa
Joe Biden "menyatakan komitmennya untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar."