KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia bagi Hal Ehwal Antarabangsa akan mengadakan mesyuarat minggu depan apabila Parlimen bersidang serta menjemput Wisma Putra untuk memberi taklimat mengenai pendirian negara berkaitan hubungan diplomatiknya dengan Rusia dan Ukraine.
Pengerusinya Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam kenyataan bersama dengan tujuh lagi Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu memaklumkan bahawa mereka juga akan melakukan kunjungan hormat ke atas Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo bagi menzahirkan kebimbangan mengenai situasi tidak menentu terhadap keselamatan dan nasib rakyat negara tersebut.
"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia bagi Hal Ehwal Antarabangsa menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pencerobohan dan pencabulan hak asasi manusia sedemikian yang tidak mempunyai tempat di dunia ini pada abad ke-21 terutama ketika peperangan menentang pandemik COVID-19 belum berakhir," menurut kenyataan itu.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Pada Khamis lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas di timur Ukraine dan susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata Malaysia amat prihatin dengan peningkatan konflik di Ukraine dan menggesa semua pihak yang terbabit agar mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan itu serta mencegah kemusnahan dan kehilangan nyawa.
Ismail Sabri berkata pada saat yang genting ini, setiap usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian konflik secara aman dan damai menerusi dialog serta rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tujuh lagi Ahli Parlimen dalam jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdullah Mat Nawi (Tumpat), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), P Kasthuriraani (Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia bagi Hal Ehwal Antarabangsa menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pencerobohan dan pencabulan hak asasi manusia di Ukraine. - Gambar fail
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Korea Utara hantar 10,000 tentera untuk berlatih di Rusia - Pentagon
Pentagon mendakwa, jumlah tersebut lebih tiga kali ganda daripada anggaran sebelumnya ketika NATO beri amaran mengenai bahaya perang Ukraine - Rusia yang berpotensi meluas.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.