JCS kini sedang menganalisis butiran seperti jenis peluru berpandu, trajektori dan jarak penerbangan, lapor Korea JoongAng Daily.
Ujian itu merupakan pelancaran peluru berpandu balistik pertama Korea Utara pada tahun ini.
Pelancaran peluru berpandu itu berlaku kira-kira dua minggu sebelum Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memegang jawatan pada 20 Januari.
-- BERNAMA