SEOUL: Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya pada Ahad, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Ketua Turus berkata ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang dari sekitar 9.08 pagi hingga 9.43 pagi waktu tempatan, sambil menambah bahawa tentera Korea Selatan mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat sambil terus memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.

Ia merupakan pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap.

Pejabat presiden berkata satu mesyuarat majlis keselamatan negara akan diadakan bagi membincangkan mengenai pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

-- BERNAMA