SEOUL: Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air, dengan pemimpin Kim Jong Un berikrar untuk "menguatkan lagi pencegahan nuklear negara".
Majlis pelancaran kapal selam itu yang diadakan pada Rabu, dihadiri oleh pemimpin Korea Utara menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan negara itu yang bakal disambut pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap memetik agensi berita rasmi Korean Central News Agency (KCNA) pada Jumaat.
Diberi nama Hero Kim Kun Ok, kapal selam serangan nuklear taktikal No. 841 -- yang pertama seumpamanya -- akan "melaksanakan misi tempurnya bagi memperkukuh pasukan tentera laut" Korea Utara.
Beliau juga mengumumkan rancangan negara untuk membina lebih banyak kapal selam, termasuk kapal selam berkuasa nuklear.
Beliau kemudian menegaskan bahawa pembangunan pesat tentera laut adalah "keutamaan utama" untuk pertahanan negara, memandangkan keadaan geopolitik serta "cubaan agresif baru-baru ini oleh pihak musuh."
Foto-foto awal yang dikeluarkan oleh KCNA menunjukkan bahawa kapal selam terbaharu itu dilengkapi dengan sepuluh tiub peluru berpandu yang berkemungkinan mampu melancarkan peluru berpandu balistik (SLBM) dari kapal selam, walaupun Korea Utara tidak memberikan sebarang butiran.
Kapal selam itu juga dianggap mampu melancarkan "Haeil," kenderaan dalam air tanpa pemandu bersenjata nuklear pertama Korea Utara yang diperkenal pada Mac lalu.
Seorang pegawai tentera Korea Selatan, bagaimanapun, menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kapal selam baharu Korea Utara itu.
"Analisis ciri luaran kapal selam Korea Utara setakat ini menunjukkan bahawa sebahagian daripadanya telah diperbesarkan untuk membawa peluru berpandu," kata seorang pegawai di Ketua Turus Bersama (JCS) kepada pemberita.
"Tetapi ia dinilai bahawa (kapal selam) bukan dalam bentuk yang mampu beroperasi secara normal," kata pegawai itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air, dengan pemimpin Kim Jong Un berikrar untuk "menguatkan lagi pencegahan nuklear negara". - Foto KCNA via REUTERS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia
Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci.

Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media
Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.

Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.

Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".

Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada rakan sejawatan di Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.

Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran tindak balas baharu sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Kim Jong-un.