Kim mengadakan pertemuan dua hala dengan Shoigu dan kemudian beliau mengucapkan selamat jalan kepada bekas Menteri Pertahanan Rusia itu di lapangan terbang pada Jumaat.
Lapor KCNA, keduanya bertukar pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa termasuk kerjasama untuk mempertahankan kepentingan keselamatan bersama.
Amerika Syarikat dan Ukraine termasuk beberapa penganalisis bebas mendakwa Jong Un membantu Rusia dalam pencerobohan ke atas Ukraine.
Ini termasuk membekalkan roket dan peluru berpandu sebagai balasan untuk bantuan ekonomi dan ketenteraan lain daripada Moscow.
Sementara itu, Moscow dan Pyong menafikan tuduhan tersebut namun berjanji meningkatkan kerjasama ketenteraan dan menandatangani perkongsian strategik komprehensif pada sidang kemuncak Jun lalu.