BANGKOK: Komuniti antarabangsa mesti mengambil tindakan segera terhadap junta tentera bagi melindungi rakyat Myanmar daripada kekejaman yang semakin meningkat selain mengheret pemimpinnya ke muka pengadilan berikutan serangan udara mengejut pada Selasa yang mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang awam termasuk kanak-kanak, kata Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M).
Dalam satu kenyataan, SAC-M turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini untuk mempertimbang tindakan di bawah Chapter VII.
Serangan udara itu tidak mungkin berlaku tanpa kebenaran daripada komander yang melaporkan terus kepada ketua junta, Min Aung Hlaing.
SAC-M berkata keganasan junta merupakan penentangan secara terang-terangan terhadap resolusi Majlis Keselamatan 2669 yang diterima pakai pada 21 Disember tahun lepas dan Konsensus Lima Perkara ASEAN yang dipersetujui Min Aung Hlaing dengan pemimpin ASEAN pada 24 April, 2021.
"Majlis Keselamatan PBB mesti menggunakan kuasanya di bawah Chapter VII Piagam PBB untuk menguatkuasakan pematuhan junta terhadap resolusi, termasuk melalui sekatan yang disasarkan ke atas kepentingan kewangan ketenteraan dan bahan api penerbangan, sekatan senjata secara menyeluruh serta merujuknya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
"ASEAN mesti menggunakan sidang kemuncaknya yang akan datang pada Mei tahun ini untuk menerima pakai tindakan punitif menyeluruh terhadap junta, dengan sokongan daripada kerajaan lain di rantau ini," menurut SAC-M.
Peningkatan sokongan terhadap penentangan demokrasi di Myanmar penting, termasuk mengutamakan penyampaian bantuan kemanusiaan rentas sempadan terus kepada mereka yang memerlukan.
"Sehingga keganasan junta tentera ditamatkan, krisis di Myanmar tidak akan berakhir," katanya.
Media tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 100 orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara tentera junta ke atas orang awam di kampung Pazigyi di Perbandaran Kanbalu di Wilayah Sagaing, Myanmar pada Selasa.
Menurut laporan media, jet junta menjatuhkan bom dan helikopter menggunakan mesingan ke arah lebih 100 orang yang berkumpul di kampung itu untuk upacara perasmian pejabat pentadbiran awam tempatan pada pagi Selasa.
Pada hari yang sama Junta melancarkan serangan udara pusingan kedua ke kampung itu ketika orang ramai cuba mencari dan mengenal pasti mayat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
SAC-M menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini untuk mempertimbang tindakan di bawah Chapter VII. - Gambar Bernama
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.