"Kita menyaksikan institusi multilateral kita semakin uzur - tidak mampu menangani cabaran masa kini, apatah lagi cabaran masa depan," kata Guterres pada pembukaan Summit of the Future's Action Days, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata, dunia kini berdepan cabaran dan perpecahan akibat konflik dan ketidaksamaan, terancam oleh iklim serta teknologi yang tidak dikawal.
"Kita memerlukan multilateralisme yang lebih inklusif, lebih berkesan dan lebih terjalin untuk hubungan lebih kukuh antara institusi antarabangsa serta dengan masyarakat.
"Ini bermakna lebih banyak wakil daripada negara membangun, dan suara yang lebih kuat untuk anda semua dan apa yang anda wakili," katanya.
Beliau menegaskan, kerajaan memikul tanggungjawab utama.
"Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah global hari ini tanpa sumbangan daripada seluruh lapisan masyarakat," katanya.
Multilateralisme baharu tidak akan terbentuk dalam sehari atau oleh kerajaan semata-mata, kata Guterres.
"Ia akan dipacu dan diteruskan oleh anda semua dan kumpulan yang anda wakili. Kita berjuang untuk cita-cita. Kini, mari kita berjuang untuk bertindak," katanya. - BERNAMA