SUDAH wujud beberapa percubaan untuk mengembalikan era papan kekunci fizikal pada telefon pintar moden tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan seperti Blackberry Ket 2.

Tetapi bagi mereka yang percaya masih ada ruang untuk peranti seperti ini pada tahun 2024, Minimal ialah telefon pintar yang mungkin boleh dibeli.

Minimal dibangunkan untuk memerangi ketagihan penggunaan peranti pintar yang semakin serius sekarang.

Skrin E-Ink yang digunakan akan membuatkan peranti tidak sesuai digunakan untuk menonton video yang akan mengubat ketagihan menonton TikTok tanpa henti.

Tetapi ia masih boleh digunakan untuk membaca buku dan laman web. Kerana penggunaan skrin ini, Minimal boleh bertahan lama walaupun sekadar dilengkapi bateri 4000 mAh.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi Minimal pada waktu ini kecuali ia menggunakan sistem operasi MnmlOS yang berasaskan Android.

Terdapat aplikasi untuk panggilan telefon, menghantar mesej, kalender, nota dan juga Uber secara tersedia.

Bagi yang berminat Minimal akan dijual pada harga AS$400 (~RM1,891) bermula bulan depan. - Amanz