KARACHI: Angka korban insiden kereta api penumpang tergelincir di selatan Pakistan pada Ahad meningkat kepada 30 orang manakala 100 lagi cedera.
Jurucakap polis mengesahkan mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan manakala pasukan mencari dan menyelamat masih mencari mangsa yang tersepit di dalam gerabak kereta api.
Ketika kejadian, sekurang-kurangnya 10 gerabak Hazara Express tergelincir berhampiran stesen kereta api Sahara di Nawabshah, kira-kira 275 kilometer dari Karachi.
Menteri Kereta Api Saad Rafiq berkata, laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beberapa penumpang masih dilaporkan tersepit di dalam gerabak.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dalam menjalankan operasi menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital kerana lokasi kemalangan yang terpencil.
Astro Awani
Mon Aug 07 2023

Laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Foto REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia
Kemalangan berlaku pada Rabu malam di Republik Komi, Rusia, mengakibatkan sembilan gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Bandar Inta.

Kereta api tergelincir: Angka korban meningkat kepada 30
Laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan.

15 maut, 40 cedera kereta api tergelincir di selatan Pakistan
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir di selatan wilayah Sindh, Pakistan pada Ahad.

Lebih 200 maut, ratusan cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kereta api bawa ammonia tergelincir, 51 alami keracunan
Polis memberi amaran kepada penduduk supaya tidak meninggalkan rumah mereka.

Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom
11 gerabak kereta api kargo tergelincir selepas landasannya dibom dalam kejadian antara stesen Hat Yai dan Padang Besar.

Sekurang-kurangnya 17 maut kereta api tergelincir di Iran
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan ramai lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di timur Iran, kata pihak berkuasa awal Rabu.

Jerman: 3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir
Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang.

1 maut, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Austria
Kereta api yang membawa 56 penumpang dan seorang pemandu itu dalam perjalanan ke Vienna apabila ia tergelincir.