Kerajaan Venezuela dan parti pembangkang pada Khamis mencapai kata sepakat untuk menangguhkan pilihan raya presiden serta pilihan raya legislatif bagi wakil negeri dan tempatan, yang dijadual berlangsung pada 22 April, sehingga separuh kedua bulan Mei.
"Kedua-dua pilihan raya disaran diadakan serentak pada minggu kedua terakhir bulan Mei 2018," kata Ketua Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE), Tibisay Lucena, ketika membacakan teks persetujuan itu, lapor agensi berita China Xinhua.
Wakil kerajaan dan beberapa parti pembangkang telah menandatangani persetujuan itu di ibu pejabat CNE di Caracas.
Perjanjian baharu itu meminta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menubuhkan satu pasukan pemerhati untuk memantau pilihan raya tersebut.
Ia turut meminta agar satu kumpulan peringkat tinggi terdiri daripada wakil calon pilihan raya presiden ditubuhkan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Presiden Nicolas Maduro akan bertanding untuk pemilihan semula sebagai calon parti pemerintah, Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV).
Bekas gabenor negeri Lara, Henri Falcon, telah mendaftar untuk bertanding menentang Maduro sebagai calon Parti Progressive Advance and Movement Towards Socialism (MAS).
Wakil kedua-dua parti telah menandatangani persetujuan itu pada Khamis.
Bagaimanapun, gabungan parti berhaluan kanan, yang dikenali sebagai Meja Bulat Kesatuan Demokratik (MUD), bercadang memboikot kedua-dua pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
![Kerajaan Venezuela, pembangkang setuju tangguh pilihan raya sehingga Mei Kerajaan Venezuela, pembangkang setuju tangguh pilihan raya sehingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519185287_Venezuela.jpg)
Presiden Nicolas Maduro akan bertanding untuk pemilihan semula sebagai calon parti pemerintah PSUV. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Setiausaha Agung PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza Setiausaha Agung PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711074264_TBAntonioGuterres.jpg)
Setiausaha Agung PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza
Guterres mengulangi rayuan bagi gencatan senjata segera dan pembebasan tanpa syarat semua tawanan.
![PBB desak siasatan penuh ke atas protes Bangladesh PBB desak siasatan penuh ke atas protes Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722960458_dhakaprotes.jpg)
PBB desak siasatan penuh ke atas protes Bangladesh
Guterres juga minta semua pihak bertenang, selepas episod kebangkitan rakyat yang diketuai kumpulan pelajar di Bangladesh.
![PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721819641_tbbahangterikmatah.jpg)
PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau
Menurut Guterres, cuaca panas melampau sudah menjadi keadaan norma yang baharu.
![Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676774017_TBhumantrafficking.jpg)
Ketua PBB seru tindakan lebih tegas banteras pemerdagangan kanak-kanak
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru agar usaha dipergiatkan untuk melindungi kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701484177_UnitedNations.jpg)
Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyeru tindakan segera bagi menghentikan kerosakan di Bumi dengan menyatakan hampir 40 peratus tanah di planet ini
![Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711255047_tbAntonioGuterres.jpg)
Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar
Antonio Guterres, "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan terbaharu tentera Myanmar di Negeri Rakhine dan Wilayah Sagaing yang dilaporkan telah meragut banyak nyawa orang awam.
![Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707451921_AntonioGuterres.jpg)
Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden
Dalam catatannya di Platform X, Antonio Guterres berkata sudah tiba masanya untuk perang ini dihentikan.
![Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948 Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716852209_tbGazaStrip.jpg)
Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948
Pelajari daripada peristiwa Nakba 1948, jiwa rakyat Palestin hari ini dilihat masih kekal dengan semangat cintakan tanah air sungguhpun diserang oleh tentera Israel sejak Oktober lepas.