Kerajaan India pada Sabtu memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati bagi perogol yang melakukan jenayah berkenaan kepada mangsa di bawah usia 12 tahun.
Langkah ini dipersetujui barisan Kabinet di bawah pemerintahan Perdana Menteri Narendra Modi.
Menurut laporan Press Trust of India, keputusan itu perlu ditandatangani presiden India dan mendapat persetujuan Parlimen dalam masa enam bulan sebelum ia diwartakan dalam undang-undang negara tersebut.
Bagaimanapun, jika berlaku kes rogol mangsa di bawah usia 12 tahun sebelum undang-undang itu disahkan, ia masih boleh diguna pakai ke atas pesalah rogol berkenaan.
Langkah ini juga susulan kemarahan dan protes rakyat India ke atas kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang dirogol beramai-ramai kemudian dibunuh di kawasan Jammu Kashmir yang dikuasai penganut Hindu.
Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi tampil menyokong tertuduh, yang menaikkan lagi kemarahan penduduk awam.
Sebanyak sembilan suspek telah ditahan termasuk anggota Parlimen dari BJP.
Kesalahan seksual terhadap wanita di India masih tidak menunjukkan angka menurun walaupun hukuman kepada kesalahan ini telah diberatkan semenjak 2013.
Terdapat 40,000 jenayah yang dilaporkan pada 2016. Dari jumlah itu, 40 peratus mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Agensi
Sat Apr 21 2018
![Kerajaan India kenakan hukuman mati kepada perogol Kerajaan India kenakan hukuman mati kepada perogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524320377_protest.jpg)
Pelajar India protes ke atas kes seorang kanak-kanak perempuan 8 tahun yang dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh di Kathua, Jammu pada 13 April lalu. - REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720771313_TBPonggal.jpg)
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
![Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720003970_stampede.jpg)
Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719220250_heatwave.jpg)
India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba
India sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kesan banjir yang dijangka berlaku selepas ketibaan musim monsun susulan gelombang haba teruk musim panas ini yang menyebabkan kehilangan nyawa.
![19 maut akibat strok haba di India 19 maut akibat strok haba di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693112961_CuacaPanas.jpg)
19 maut akibat strok haba di India
Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas.
![13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan 13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647436164_TBINDIARAPE.jpg)
13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717943361_AirIndia.jpg)
India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai
Pengawal selia penerbangan India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat.
![PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717580309_IndiaMalaysia.jpg)
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.