BANGKOK: Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana negara memerlukan pemimpin yang bijak dan berwibawa, kata wartawan veteran Thailand yang mengulas mengenai hal ehwal serantau.
Kavi Chongkittavorn berkata bermula sekarang Malaysia bakal dilihat dan diperkatakan secara lebih positif.
"Tetapi laluan berliku berada di hadapan Anwar...Buat kali pertama, Malaysia mempunyai pemimpin yang mempunyai pandangan sejagat dan terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Diharapkan kepimpinan Anwar akan mengukuhkan lagi profil Asia. Lagipun, beliau pemimpin pertama yang bersuara mengenaO Renaissance Asia walaupun ia sudah dua dekad berlalu," tulisnya dalam satu ruang pendapat yang diterbitkan dalam laman sesawang berita Inggeris dalam talian Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai (PBS Thai).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar,75, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas Seri Paduka mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara bagi menamatkan kemelut susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov yang menyaksikan Parlimen digantung.
Kavi berkata pelantikan Anwar sebagai perdana menteri seharusnya menjadi "magnet" Malaysia untuk menjana imej positif bagi meningkatkan keyakinan perniagaan di negara ini.
"Selama beberapa dekad dengan penyertaan berterusan Anwar dalam isu-isu transnasional dan global yang berkaitan hak sivil dan politik, memerangi rasuah, hubungan Timur-Barat dan pelbagai hala, beliau sepatutnya menjadi magnet negara dalam menjana imej Malaysia yang lebih positif yang akan meningkatkan pelaburan dan keyakinan perniagaan.
"Barat akan gembira dengan kerajaan baharu di Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata beliau.
Kavi berkata tanda-tanda positif sudah muncul selepas Anwar dinamakan sebagai perdana menteri memandangkan indeks saham Malaysia melantun dan Ringgit melonjak.
"Ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadap kerajaan...Itu yang Malaysia perlukan sekarang," katanya.
Kavi berkata cabaran awal perdana menteri adalah untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan elit Malaysia, ahli politik dan ahli perniagaan.
Apabila Parlimen kembali bersidang bulan depan, beliau berkata Anwar perlu membuktikan kerajaan perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) dan rakan gabungannya mempunyai majoriti kerana bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai sokongan majoriti.
"Halangan kedua juga tidak kurang pentingnya iaitu Anwar mesti memenangi hati dan fikiran rakyat termasuk orang Melayu konservatif. Mereka akan menjadi kumpulan penting," katanya.
Selepas menyelesaikan halangan politik, Kavi berkata Anwar harus perlu menumpukan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 dan kesan peperangan di Ukraine.
Beliau berkata Anwar juga perlu memastikan Kabinet yang baharu dibentuk adalah inklusif dan tiada rasuah.
Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Thailand, Kavi berkata kerajaan pimpinan Anwar mesti bekerjasama dengan rakan sejawatannya secepat mungkin untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand.
Kavi Chongkittavorn ialah felow kanan di Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Chulalongkorn dan menjadi wartawan selama lebih tiga dekad selain menyumbang pendapat untuk media Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana negara memerlukan pemimpin yang bijak dan berwibawa. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kepimpinan Anwar tepat pada masanya - Wartawan veteran Thailand
Kavi Chongkittavorn berkata bermula sekarang Malaysia bakal dilihat dan diperkatakan secara lebih positif.