Setahun sebelum Man Haron Monis mengepung cafe Sydney, dia dibebaskan dengan ikat jamin selepas dituduh terlibat dalam pembunuhan dan tuduhan seksual terhadap isterinya.

Pihak berkuasa berkata pada Selasa, mereka mengaku mereka terlepas pandang Man Haron yang kini berusia 50 tahun walaupun dia mendapat pelbagai tuduhan serius dan kelakuan anehnya sebelum ini.

Isteri Man Haron, Noleen Hayson Paly yang berusia 30 tahun menjadi mangsa pembunuhan kejamnya pada April 2013 apabila mangsa ditikam 18 kali di barat Sydney.

Man Haron tiba di Australia pada tahun 1996 sebagai pelarian daripada negara Iran dituduh kerana bersubahat dengan teman wanitanya.

Namun majistret berkata kes pendakwaan adalah lemah dan mereka diberikan jaminan, walaupun Man Haron sudah menghadapi puluhan tuduhan serangan seksual dan seks sumbang yang berpunca pada ketika itu dikenali sebagai "penyembuh rohani".

Perdana Menteri Tony Abbott menggambarkan lelaki bersenjata itu sebagai "individu yang mempunyai masalah" dengan "latar belakang mengenai jenayah yang dilakukannya, latar belakang ketidakstabilan mental dan keberahian yang ekstrem" .

Persoalan timbul apabila dia melakukan serangan di sebuah kafe di tengah Sydney, dalam pengepungan 16 jam yang menyebabkan dua tebusan mati.

"Kami meminta agensi-agensi negeri dan agensi-agensi persekutuan untuk melihat dengan teliti bagaimana boleh terlepas pandang kepada pesalah ini," kata peguam New South Wales, Brad Hazzard.

Man Haron semakin dikenali oleh pihak berkuasa Australia apabila dia telah disabitkan kerana surat ugutan kepada keluarga tentera yang mati tujuh tahun lalu. Dia telah diletakkan dalam tanggungan polis kerana berkelakuan baik selama dua tahun pada 2013.

Dia juga mempunyai sejarah yang mencabar keputusan mahkahmah kerana ketidakadilan dilihat terhadapnya.

Man Haron mempunyai Wikipedia sendiri yang melaporkan di mempunyai kepakaran astrologi, numerologi, meditasi dan ilmu hitam.

Pemikir ekstrimis

Di laman webnya, yang dikenali sebagai Sheikh Haron berkata anak-anaknya sendiri telah "diambil oleh kerajaan Australia" dan dia tidak dibenarkan untuk menghubungi mereka.

Lebih dramatiik, sebuah gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook miliknya diterbit daripada Business Insider yang menunjukkan dia dibelenggu, "Saya diseksa di penjara kerana surat politik saya".

Lelaki bersenjata itu mengubah kepercayaannya daripada Syiah kepada Sunni Islam, menurut satu artikel di laman webnya.

Beberapa orang Islam Sunni, termasuk pengikut militan IS dan kumpulan lain-lain jihad Sunni, menganggap puak Syiah sebagai bidaah atau "Rafidi" yang bertentangan daripada agama Islam yang sebenar.

"Saya pernah menjadi Rafidi, tetapi sekarang tidak lagi. Kini saya seorang Muslim, Alhamdulillah," katanya.

Dalam laman web peribadinya, sebelum ia ditutup pada Selasa, memaparkan sebuah imej grafik kanak-kanak Arab yang mati, yang mempunyai keterangan: "Ini adalah satu bukti untuk keganasan Amerika dan sekutu-sekutunya termasuk Australia. Ini adalah hasil daripada serangan udara mereka".

Laman Kumpulan Intel berkata Man Haron kerap menulis tweet mengenai berita dan isu-isu yang berkaitan dengan kumpulan militan IS

Seorang peguam yang mewakili Man Haron dalam kes emelnya berkata Monis adalah seorang "pemikir yang melampau" tetapi amukannya bukan hasil daripada mana-mana organisasi.

"Ia bukan satu tindakan keganasan berkumpulan. Ia adalah hasil kerja seorang individu sahaja," Manny Conditsis berkata kepada radio tempatan.

"Jika anda melihat perkara ini sebagai seorang pemikir ekstrimis di mana dia menghadapi satu situasi yang dia perlu menghadapi tuduhan jenayah yang serius, maka daripada pandangannya dia telah mempertimbangkan bahawa dia mempunyai tidak mempunyai apa-apa untuk hilang," tambah Manny.