JAKARTA: Indonesia memulakan kempen presiden 2024 pada Selasa yang menyaksikan tiga calon bakal bersaing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyandang presiden, Joko Widodo (Jokowi) tidak bertanding semula setelah tempoh perkhidmatan dua penggalnya berakhir.
Penggantinya dijangka berhadapan cabaran untuk memulihkan ekonomi selepas pandemik COVID-19, menangani rasuah dan mengimbangi hubungan dengan China dan Amerika Syarikat.
Tiga calon untuk pemilihan presiden pada 14 Feb ini terdiri bekas jeneral tentera Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan.
Subianto, 72, bertanding jawatan presiden buat kali ketiga selepas tewas kepada Jokowi pada 2014 dan 2019.
Menurut tinjauan pendapat baharu oleh Indikator Politik Indonesia, Subianto berjaya meningkatkan kedudukannya berbanding pesaing terdekat selepas memilih Gibran Rakabuming, anak lelaki sulung Jokowi sebagai pasangannya.
Tinjauan yang dijalankan dari 27 Okt hingga 1 Nov menunjukkan Subianto memperoleh 40.6 peratus sokongan, diikuti Pranowo 27.8 peratus dan Baswedan 23.7 peratus.
Tempoh kempen akan berlangsung sehingga 10 Feb dan tarikh mengundi ditetapkan pada 14 Februari.
Jika tiada pasangan calon yang memenangi lebih 50 peratus undi dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi daripada lebih separuh wilayah, pusingan kedua akan diadakan pada 26 Jun antara dua calon teratas.
Presiden dan naib presiden yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada 20 Okt bersama ahli Dewan Perwakilan Rakyat.Indonesia mempunyai kira-kira 205 juta pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Tiga calon untuk pemilihan presiden pada 14 Feb ini terdiri bekas jeneral tentera Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan. - Gambar Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Indonesia memulakan kempen presiden 2024 pada Selasa yang menyaksikan tiga calon bakal bersaing.

"Tanggungjawab besar," kata Luxon selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand
Christopher Luxon pada Isnin secara rasmi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri New Zealand yang ke-42.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Tharman
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kesembilan semalam.

Beri sokongan kepada PM8, hormati keputusan YDPA
Sepanjang kemelut politik ini, pelbagai elemen kejutan, spekulasi, telahan dan teori konspirasi menjadi bualan di mana-mana, lebih tegang pastinya perdebatan warga siber di alam maya.

Dakwaan rogol: Exco mungkin direhatkan jika siasatan berlanjutan - MB Perak
Salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak disiasat atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia mungkin akan direhatkan daripada tugas pentadbiran sekiranya siasatan polis mengambil masa lama.

Kabinet kerajaan sementara Mesir angkat sumpah
Beberapa jam selepas insiden berdarah dimana hampir 300 dilaporkan cedera, kabinet Kerajaan Sementara Mesir yang dipimpin Perdana Menteri Hazem El Beblawi mengangkat sumpah.