Beberapa jam selepas insiden berdarah dimana hampir 300 dilaporkan cedera, kabinet Kerajaan Sementara Mesir yang dipimpin Perdana Menteri Hazem El Beblawi mengangkat sumpah.
Ia menyaksikan tiada wakil daripada parti Islam dilantik menganggotai 33 jemaah kabinetnya.
Selain pelantikan tiga anggota wanita dan wakil penganut Kristian, ia turut mengekalkan portfolio mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan bekas Presiden Mohamed Morsi.
Ketua Tentera Jeneral Abdel Fatteh El-Sisi yang bertanggungjawab menggulingkan kepimpinan sebelum ini, mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan selain dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama.
Begitu juga dengan Mohamed Ibrahim yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri turut memegang portfolio yang sama.
Kabinet baru Mesir menyaksikan bekas duta Mesir ke Amerika Syarikat Nabil Fahmi menyandang jawatan Menteri Luar.
Sekurang-kurangnya tiga wakil daripada ‘National Salvation Front’, pembangkang utama yang bertanggungjawab menyingkirkan Morsi dilantik sebagai menteri.