Komitmen Amerika Syarikat di Asia masih teguh seperti sedia kala, kata Setiausaha Negara John Kerry hari ini setelah Presiden Barack Obama membatalkan lawatannya ke rantau ini susulan kemelut pentadbiran yang melanda Washington.

"Biar saya jelaskan, tidak ada apa yang berlaku (di Washington) yang menghapuskan walau sezarah pun komitmen kami kepada rakan-rakan kongsi di Asia," kata Kerry kepada wartawan di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang sedang berlangsung di sini.

Kerry juga memberi amaran krisis politik yang berpanjangan di Washington boleh melemahkan kedudukan Amerika Syarikat di seluruh dunia.

"Jika ia berterusan atau berulang, orang akan mula mempersoalkan kesediaan Amerika Syarikat untuk meneruskan komitmen itu serta kemampuannya, tetapi bukan itu yang akan berlaku dan saya tidak fikir itu akan berlaku," katanya.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL