TANPA menghiraukan penumpang lain, seorang wanita tidak dikenali bertindak melakukan sesuatu yang amat janggal di dalam sebuah pesawat -- mengeringkan seluar dalam pada lubang penyaman udara.

Kejadian pelik ini dilapor berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Ural yang berlepas dari Antalya, di utara Turki ke ibu negara Rusia, Moscow.

Beberapa saksi berkata wanita tersebut tanpa segan silu membalik-balikkan seluar dalam itu bagi memastikan ia kering sepenuhnya.

Yang peliknya, penumpang lain seakan membiarkan saja dia dengan tindakannya itu tanpa berusaha untuk menegurnya.



Ada yang berpendapat bahawa seluar itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang menaiki pesawat tersebut bersamanya.

Walaupun kejadian ini mungkin amat jarang berlaku, namun ramai yang berpendapat ia sesuatu yang biasa kerana banyak lagi perkara menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam pesawat, antaranya penumpang berdengkur kuat dan juga membuka kasut dengan bau stoking yang busuk.