Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe, secara sah menjadi milik kelab Los Blancos selepas diperkenalkan secara rasmi di hadapan hampir 80,000 peminat di Santiago Bernabeu, semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu, akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar dan nekad untuk menyertai Real Madrid.

Dia yang berasa teruja selepas menyertai kelab impiannya itu mengikut jejak langkah idolanya juga, Cristiano Ronaldo, yang turut memakai jersi nombor 9 ketika kali pertama menyertai Real Madrid dari Manchester United sebelum bertukar ke nombor 7.


"Saya berasa yakin waktu ini akan tiba, Real Madrid adalah satu-satunya penyelesaian buat saya. Saya telah mengimpikan detik ini sejak saya masih kecil lagi. Impian jadi kenyataan.

"Saya mempunyai tawaran daripada beberapa kelab lain tetapi saya sentiasa menjawab perkara yang sama iaitu jika meninggalkan Paris, ia adalah untuk menyertai Real Madrid.

"Hari ini saya seorang lelaki yang gembira. Keluarga saya sangat gembira di sini, saya dapat melihat ibu saya menangis." katanya. - Stadium Astro