KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih sejuta orang dijangka menghadapi kelaparan melainkan lebih banyak makanan dibenarkan masuk ke Gaza.
"Sebelum krisis ini, makanan adalah mencukupi untuk populasi di Gaza. Pemakanan tidak seimbang jarang berlaku. Sekarang, mereka sedang menunggu ajal dan ramai yang sakit," katanya dalam kenyataan WHO yang disiarkan dalam lawan sesawang rasmi agensi itu.
IPC yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berkata keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza berjumlah 2.23 juta itu menghadapi ketidakstabilan bekalan makanan yang teruk.
Menurut laporan itu antara pertengahan Mac hingga pertengahan Julai, senario yang mungkin terjadi dengan anggapan konflik ini terus merebak termasuk serangan darat di Rafah, separuh daripada populasi atau 1.1 juta orang di Semenanjung Gaza dijangka menghadapi bencana.
Ia juga berkata kebuluran kini dijangka berlaku dan tidak dapat dielakkan di utara Gaza serta seluruh kawasan pentadbiran Gaza dan dijangka menjadi kenyataan dari pertengahan Mac hingga Mei 2024.
Ghebreyesus berkata laporan IPC mengesahkan bahawa WHO, rakan kongsi PBB dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyaksikan dan membuat laporan selama berbulan-bulan.
"Apabila wakil kami tiba di hospital, kami menemukan pekerja kesihatan yang keletihan dan kelaparan meminta makanan dan air. Kami menyaksikan pesakit dalam proses penyembuhan selepas pembedahan untuk menyelamatkan nyawa dan kehilangan anggota badan atau menghidapi kanser atau diabetes, ibu yang baharu saja melahirkan anak atau bayi baharu dilahirkan, semuanya menderita kelaparan dan penyakit dihidapi mereka,"katanya.
Beliau berkata:"Tanpa peningkatan ketara dan segera dalam penyampaian makanan, air dan keperluan penting yang lain keadaan akan bertambah buruk. Hampir kesemua isi rumah tiada makanan yang mencukupi setiap hari dan orang dewasa mengurangkan makanan mereka supaya kanak-kanak dapat makan."
Ghebreyesus berkata keadaan semasa ini akan mengakibatkan kesan jangka panjang kepada kehidupan dan kesihatan ramai.
" Pada masa ini kanak-kanak menghadapi kematian daripada gabungan pemakanan tidak seimbang dan penyakit. Pemakanan tidak seimbang menjadikan mereka mudah untuk jatuh sakit, mengalami pemulihan yang lambat atau mati apabila mereka dijangkiti penyakit.
Kesan jangka panjang pemakanan tidak seimbang, kurang pengambilan makanan yang kaya dengan zat makanan, jangkitan berulang dan kurang kebersihan dan perkhidmatan sanitasi memperlahankan keseluruhan tumbesaran kanak-kanak. Ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan generasi akan datang," katanya.
Ghebreyesus berkata WHO dan rakan kongsi PBB yang lain telah meminta Israel supaya membuka lebih banyak laluan untuk menyeberangi sempadan dan mempercepatkan kemasukan dan penyampaian air, makanan, bekalan ubat-ubatan dan lain-lain bantuan kemanusian ke Gaza.
''Adalah menjadi tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa untuk membenarkan laluan untuk bekalan, termasuk makanan.
Usaha menyampaikan bantuan melalui jalan udara dan air baru-baru ini dialu-alukan tetapi dengan meluaskan penghantaran melalui jalan darat akan membolehkan penyampaian bantuan berskala besar dilakukan untuk mengelakkan kebuluran. Sekarang adalah masa untuk bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
![Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698903383_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih sejuta orang dijangka menghadapi kelaparan melainkan lebih banyak makanan dibenarkan masuk ke Gaza. - Gambar fail/AP
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
![Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739143172_tbPalestiniansGaza.jpg)
Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.
![Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735359581_Palestinians.jpg)
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
![Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732507497_GazaStrip.jpg)
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
![Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut” Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732330603_Sudan.jpg)
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
![UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719207525_Palestinians.jpg)
UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.
![Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731229357_UNMyanmarFamine.jpg)
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
![Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730546479_GazaStrip.jpg)
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
![Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726759985_TBGaza.jpg)
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
![WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728615562_Gaza.jpg)
WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.
![Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723536617_TBKhanYounis.jpg)
Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.