ATHENS: Kebakaran hutan yang melanda beberapa bahagian di Greece memaksa pengosongan sebuah pangkalan tentera udara di bandar tepi laut Nea Anchialos, berhampiran bandar pelabuhan Volos, serta 12 penempatan di kawasan itu, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Greece AMNA pada Khamis.
Penempatan semula pesawat Tentera Udara Hellenic terpaksa dibuat selepas kebakaran hutan mencetuskan beberapa siri letupan besar semalaman di sebuah depoh peluru, memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan di kawasan sekitar.
Kebakaran hutan lebih besar di kawasan Volos menimbulkan cabaran paling sukar bagi anggota bomba sejak dua hari lalu, menurut Jabatan Bomba.
Di seluruh Greece, 83 kebakaran baharu dilaporkan pada Khamis. Anggota bomba kini bertungkus lumus memadam sejumlah 124 kebakaran hutan di seluruh negara dalam keadaan yang amat sukar, menurut Jabatan Bomba.
Keadaan telah bertambah baik di Pulau Rhodes di mana hampir 20,000 orang telah dipindahkan pada hujung minggu kerana kebakaran mengancam zon kediaman.
Kementerian Krisis Iklim dan Perlindungan Awam membenarkan beberapa pelancong dan penduduk di 12 bandar dan kampung di timur Rhodes pulang ke rumah dan penginapan mereka, menurut AMNA.
Lima orang maut dalam kebakaran hutan minggu ini. Mayat dua orang awam rentung ditemui pada Rabu berhampiran Volos. Mayat tiga lagi mangsa, seorang penggembala dan dua juruterbang, ditemui pada Selasa di Pulau Evia. Pesawat yang dikendalikan oleh dua juruterbang itu terhempas semasa operasi memadam kebakaran.
Lebih 600 kebakaran hutan telah berlaku di seluruh negara sejak dua minggu lalu, kata pihak berkuasa
"Tidak dinafikan, kita dapat melihatnya di seluruh Mediterranean, bahawa krisis iklim berlaku di sini dan memberi kesan kepada kita semua, mungkin lebih teruk daripada amaran saintis," kata Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis semasa pertemuan dengan Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Kebakaran hutan lebih besar di kawasan Volos menimbulkan cabaran paling sukar bagi anggota bomba sejak dua hari lalu. - AP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar
Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.

Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.

Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.