LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya dan menjalani kehidupan yang normal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Alex Batty yang kini berusia 17 tahun dilaporkan hilang pada 2017 selepas bercuti bersama keluarga ke Sepanyol.
Penyiasat percaya dia telah dilarikan oleh ibunya Melanie Batty bagi menjalani kehidupan "alternatif" di luar negara.
Sementara itu, pelajar Chiropody, Fabien Accidini menumpangkan remaja itu pada awal pagi Rabu selepas melihat dia berjalan bersendirian berhampiran bandar Toulouse.
Lelaki berusia 26 tahun itu memberitahu Sky News bahawa Alex mendedahkan sejak dilarikan ibunya, mereka telah tinggal di sebuah rumah mewah di Sepanyol bersama kira-kira 10 orang yang dipercayai sebahagian daripada "komuniti rohani", sebelum berpindah ke Perancis pada sekitar 2021.
Remaja itu mendakwa dia telah mendaki gunung berhampiran selama lebih empat hari dalam usaha untuk kembali ke England.
Accidini pada mulanya berkata dia tidak percaya cerita yang disampaikan tetapi kemudian bersetuju untuk menghubungi polis.
"Selepas saya menghubungi polis untuk menjelaskan keadaan dan apabila polis tiba, ketika itulah saya menyedari keseluruhan cerita (adalah benar)."
Pelajar itu berkata Alex kelihatan tidak marah kerana "ditahan dalam komuniti" itu dan berkata dia tidak dirantai walaupun tidak jelas sama ada dia dibenarkan keluar pada bila-bila masa.
Accidini berkata: "Dia tidak menyesal (meninggalkan komuniti)... dia hanya mahu menjalani kehidupan yang normal dan berjumpa neneknya semula."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Remaja itu mendakwa dia telah mendaki gunung berhampiran selama lebih empat hari dalam usaha untuk kembali ke England. - Gambar hiasan
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis
Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya.