Ringkasan AI
- Dua pesawat kecil terbabit nahas di pertunjukan udara di Portugal, mengorbankan seorang juruterbang Sepanyol dan mencederakan seorang lagi.
- Nahas berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja semasa sambutan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal.
- Tentera Udara Portugal akan menyiasat nahas itu; pesawat yang terlibat adalah Yakovlev Yak-52.
Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja, selatan Portugal yang menjadi tuan rumah kepada pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal (PAF).
PAF kemudian mengesahkan laporan itu dan berkata:"Tentera Udara memaklumkan pada pukul 4.05 petang waktu tempatan (1505 GMT) di Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas ketika melakukan demonstrasi penerbangan."
Ia berkata pihak tentera udara memberikan perkhidmatan kecemasan,di bawah pelan kontingensi disediakan, yang dilaksanakan dengan segera.
Pihak media memetik sumber PAF yang mengenal pasti dua pesawat itu adalah pesawat latihan era Soviet, Yakovlev Yak-52 dan menambah juruterbang yang terkorban itu merupakan rakyat Sepanyol.
Menteri Pertahanan Portugal Nuno Melo berkata pihak tentera udara akan melakukan siasatan ke atas nahas itu.
-- BERNAMA