Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Selasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan empat penggiat utama penerbangan Perancis dan Switzerland di acara Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) di United Kingdom, dalam usaha menempatkan Malaysia sebagai hab global.
Dalam satu kenyataan di sini, pengendali lapangan terbang itu berkata perjanjian tersebut dimeterai dengan pembuat pesawat Perancis Daher, penyedia perkhidmatan penerbangan ExecuJet yang berpejabat di Zurich, syarikat penyelesaian layan diri lapangan terbang IER Group (anak syarikat Bollore Group) dan syarikat penyedia Internet of Things (IoT) Perancis iaitu Sigfox dan rakan kongsinya, pengendali rangkaian IoT Malaysia XPeranti.
Ketua Pegawai Strategi MAHB, Azli Mohamed, yang menghadiri upacara pertukaran dokumen itu, berkata MAHB berteraskan matlamat untuk memberi pengalaman terbaik kepada penumpang sebaik mereka menjejakkan kaki di lapangan terbang kendalian syarikat itu sehinggalah mereka menaiki penerbangan masing-masing.
"Kami sedang memulakan perjalanan transformasi digital 4.0 Lapang Terbang dan kerjasama yang dijalinkan hari ini adalah tepat pada masanya," katanya.
Menurut Azli, perkongsian dengan IER dan XPeranti/Sigfox akan turut memulakan rangka kerja penciptaan bersama yang membolehkan penumpang menikmati perkhidmatan yang dipertingkatkan secara automatik dan digital.
Malah menerusi sokongan IER, MAHB kini dalam proses penghasilan bersama konsep pemprosesan automasi digital bagi sebuah lapangan terbang antarabangsa di Malaysia yang membabitkan profil unik penumpang dan destinasi dan mungkin membawa kepada pembangunan harta intelektual bersama.
XPeranti yang bakal menjadi pengendali rangkaian perkhidmatan IoT di seluruh negara (menjelang Oktober), akan melaksanakan penyelesaian IoT Sigfox bagi memastikan kecemerlangan operasi MAHB.
Selain itu, Azli berkata, Daher dan ExecuJet akan menjadi sebahagian daripada inisiatif Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang.
Daher misalnya menumpukan tiga aktiviti utama - pembuatan pesawat, peralatan serta sistem aeronangkasa selain logistik dan perkhidmatan industri.
ExecuJet yang merupakan sebahagian daripada Luxaviation Group pula menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan untuk pesawat persendirian dan komersial, sewaan, tempah khas, penyelenggaraan, pengurusan serba siap serta operasi di pangkalan tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018

Menerusi sokongan IER, MAHB kini dalam proses penghasilan bersama konsep pemprosesan automasi digital bagi sebuah lapangan terbang antarabangsa di Malaysia yang membabitkan profil unik penumpang dan destinasi.

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

MAHB meterai empat perjanjian di pertunjukan udara Farnborough
Perkongsian dengan IER dan XPeranti/Sigfox akan turut memulakan rangka kerja penciptaan bersama yang membolehkan penumpang menikmati perkhidmatan yang dipertingkatkan secara automatik dan digital.