KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang berlangsung di Langkawi bulan depan.
Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine) Muhammad Aqlan Pacleb berkata sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.
"Kali ini juga ada empat hingga lima pertunjukan udara antaranya Sukhoi Russia, August 1st dari China, Black Eagles (Korea), The Jupiter Aerobatic (Indonesia) dan ini adalah persembahan aerobatik terbesar," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.
Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine Anita Jacobson berkata pihaknya selaku penganjur LIMA 2023 menyasarkan pelawat pameran tersebut iaitu pelawat perdagangan dan pelawat awam masing-masing dijangka mencecah 45,000 dan 250,000 pengunjung.
"Untuk tiga hari pertama LIMA 2023 iaitu pada 23 hingga 25 Mei, ia hanya terbuka kepada pelawat perdagangan. Kami beri peluang untuk mereka yang travel dari luar mahupun dalam negara bertemu dengan pemain industri bagi membincangkan perkara berkaitan perniagaan mereka.
"Bagi dua hari yang terakhir (26 dan 27 Mei), LIMA 2023 akan terbuka kepada pelawat awam untuk menyaksikan pameran berkaitan aset pertahanan serta keselamatan negara dan sebagainya," katanya.
LIMA 2023 bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei.
Pameran edisi kali ini melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aeroangkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).
Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
LIMA 2023 bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei. - Foto Facebook LIMA 2023
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.