Jordan pada Rabu menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin, yang merupakan prasyarat bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi Petra.
Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, dalam satu pertemuan dengan duta-duta negara anggota EU di Amman, di mana beliau menggesa agar tindakan segera diambil bagi membantu pembentukan satu jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin oleh tentera Israel.
"Jenayah berterusan oleh Israel tanpa sebarang tindak balas antarabangsa akan membawa kepada satu kitaran keganasan baharu yang akan menjejaskan rantau ini, Eropah dan seluruh dunia kerana kestabilan di Timur Tengah adalah penting untuk kestabilan antarabangsa."
Safadi berkata amalan Israel dan ketiadaan penyelesaian kepada konflik itu memburukkan lagi keadaan serta meningkatkan keputusasaan, yang menyebabkan lebih banyak keganasan serta ekstremisme dan menggesa komuniti antarabangsa memikul tanggungjawab perundangan serta moral bagi melindungi penduduk Palestin.
Beliau turut memberi amaran berhubung akibat serius berpunca daripada langkah unilateral Israel yang berusaha untuk mewujudkan satu realiti baharu di kawasan terbabit, melemahkan usaha damai dan mengubah identiti Arab di Baitulmaqdis.
"Baitulmaqdis adalah kunci utama kepada keamanan, oleh itu, merealisasi hak-hak sah penduduk Palestin adalah satu kewajipan ke arah mencapai keamanan dan kestabilan serantau. Jordan akan melakukan segala usaha untuk memelihara tempat-tempat suci di Baitulmaqdis."
BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
BACA: MyCARE kutuk pembunuhan rakyat Palestin di Gaza
BACA: Malaysia bantah pembukaan rasmi Kedutaan AS di Baitulmaqdis
Amman mengutuk keputusan Amerika Syarikat menempatkan semula kedutaannya di Baitulmaqdis dan mengiktiraf kota suci yang menjadi pertikaian itu sebagai ibu negara Israel.
"Jordan akan bekerjasama dengan negara-negara Arab, EU dan semua rakan kongsi antarabangsa bagi mencapai keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara selaras dengan inisiatif keamanan Arab dan resolusi sah antarabangsa."
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 17 2018
Safadi menggesa komuniti antarabangsa memikul tanggungjawab perundangan serta moral bagi melindungi penduduk Palestin. - REUTERS / Fail
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.