Gabenor Jakarta, Joko Widodo mengumumkan kemenangannya Rabu dalam pemilihan presiden paling sengit dalam sejarah menewaskan Prabowo.

Keputusan tidak rasmi itu diperolehi daripada pusat pengundian yang menyaksikan Jokowi mendahului dengan 53% berbanding Prabowo 47%.

Dikerumuni penyokong-penyokongnya daripada PDI-P, Jokowi berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Indonesia...termasuk ahli parti yang bekerja keras siang dan malam."

Sementara itu, kem Prabowo enggan memberikan sebarang komen.

Terkini, pasangan Jokowi-Jusuf Kalla mengatasi pasangan Prabowo-Hatta di semua daerah dan unggul di daerah Maluku-Papua dan Sulawesi dengan peratusan undi melebihi 10 peratus berdasarkan pengiraan cepat menurut laporan portal berita Kompas.com.