JAKARTA:Indonesia telah mempelawa SpaceX untuk melihat kemungkinan membangunkan tapak pelancaran roket di negara itu, lapor kenyataan dari pihak kementerian republik berkenaan.
Portal berita CNN Indonesia melaporkan, Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah membincangkan idea itu dengan pengasas syarikat pengangkutan aeroangkara, SpaceX, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, menerusi satu panggilan telefon pada Jumaat (11 Disember).
Menurut penyelaras Kementerian Maritim dan Hal Ehwal Pelabuan Indonesia, Musk berhasrat menghantar sebuah pasukan ke Indonesia pada Januari depan untuk mengkaji peluang kerjasama berkenaan.
Indonesia sebelum ini sudahpun mengadakan perbincangan dengan Musk tentang potensi pelaburan di negara itu, termasuk dalam bidang industri kenderaan elektrik.
Tesla Inc dilaporkan bakal meninjau kemungkinan membina infrastruktur di Jawa Tengah, kata Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita pada Oktober lalu.
Indonesia, yang kaya sumber hasil bumi seperti tembaga, nikel dan timah terbesar di dunia, sedang cuba mempromosi komoditinya demi meraih pelaburan bernilai berbilion-bilion dolar.
Agensi
Sat Dec 12 2020
Indonesia sebelum ini sudahpun mengadakan perbincangan dengan Musk tentang potensi pelaburan di negara itu, termasuk dalam bidang industri kenderaan elektrik. - Gambar fail
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
Elon Musk ‘dicarut' isteri Presiden Brazil
Janja Lula da Silva cetus kontroversi apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap bilionair Elon Musk.
Trump mungkin rancang hadiri pelancaran SpaceX di Texas
Rancangan Trump itu memberi bayangan hubungan rapatnya dengan pengasas bilionair syarikat itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis.
Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat
Pengumuman dilakukan oleh Trump dengan DOGE akan menjadi lembaga penasihat luaran bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya
Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu.
xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion
xAI Dilaporkan Sedang Meraih Dana Pada Nilai Mencapai $40 Bilion Firma Kecerdasan Buatan Milik Elon Musk