Presiden ketujuh republik itu yang mesra disapa sebagai Jokowi turut menyebut beberapa nama tempat yang akan dipilih sebagai lokasi pengumuman barisan penyandang jawatan-jawatan penting.
“Mungkin siang ini, petang atau malam ini nama-nama itu akan diumumkan di Pluit, Tanah Abang atau Tanjung Priok,” kata Jokowi ketika membuat lawatan ke Pejabat Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta pagi tadi.
Lokasi-lokasi yang disebutkan itu bagaimanapun berbeza dengan anggapan ramai mengenai kelaziman pengumuman kabinet di Istana, apatah lagi Wakil Presiden, Jusuf Kalla semalam menyatakan sedemikian.
Jokowi turut menyebut beberapa nama tempat yang akan dipilih sebagai lokasi pengumuman barisan penyandang jawatan-jawatan penting.
Sejak kelmarin, Jokowi telah memanggil semua calon menteri ke Istana Presiden. Jika semuanya berlangsung tanpa sebarang perubahan, komposisi kabinet Jokowi bakal terdiri daripada 33 kementerian dengan empat kementerian koordinator.
Jokowi dilihat berdepan cabaran besar dalam membawa perubahan baharu dalam negara tersebut, bermula dengan pemillihan penyandang yang tepat bagi setiap portfolio pentadbiran republik tersebut.
LIHAT GALERI FOTO MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH JOKO WIDODO
GALERI WAJAH-WAJAH JOKO WIDODO