Joko Widodo atau Jokowi secara rasmi diangkat sebagai Presiden Indonesia ketujuh selepas mengangkat sumpah bagi penggal kedua (2019 - 2024) pada Ahad.
Pemimpin berusia 58 tahun itu melafazkan sumpah di bangunan Parlimen Indonesia pada pukul 4 petang (waktu tempatan) dengan disaksikan oleh anggota Dewan Permesyuaratan Rakyat, bekas-bekas presiden serta tetamu kehormat.
“Demi Allah, saya bersumpah akan memenuhi kewajipan Presiden Republik Indonesia dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya.
“Memegang teguh undang-undang dasar dan menjalankan undang-undang, peraturan dengan selurusnya dan berbakti kepada nusa dan bangsa,” kata Jokowi ketika menyampaikan sumpah Presiden.
Turut mengangkat sumpah pada majlis itu adalah Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang menggantikan Jusuf Kalla.
Selain Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, antara pemimpin dunia lain yang turut menghadiri majlis angkat sumpah Jokowi ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long; Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Pesaing Jokowi dan Ma'aruf dalam Pilihan Raya Presiden 2019, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno turut hadir menyaksikan pelantikan itu.
Selain itu, pelantikan Presiden dan Naib presiden itu turut dihadiri dua bekas Presiden negara itu, Megawati Soekarnoputri dan Susilo Bambang Yudhoyono.
Astro Awani
Sun Oct 20 2019
Jokowi melafazkan ikrar dan sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua di Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029
Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Gunung Ibu di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi
Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah.
Dua wanita Britain dipenjara terlibat dalam rangkaian penyeksaan monyet global
Dua wanita Britaindijatuhi hukuman penjara di United Kingdom atas penglibatan mereka dalam rangkaian penyeksaan monyet global.