Menurut laporan media tempatan, kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.
Namun, tiada orang awam dilaporkan cedera.
Menurut anggota Polis Peronda Lebuhraya Ohio, Leftenan Bill Haymaker, jet kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas.
Kebakaran tersebut turut merebak ke beberapa rumah lain yang berhampiran.
Ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan tiada kecederaan orang awam dilaporkan.
Kejadian berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.
Sebuah jet peribadi terhempas di timur laut Ohio