BERLIN (Jerman): Jerman pada Isnin menyaksikan mogok terbesar sejak tiga dekad ekoran puluhan ribu pekerja sektor pengangkutan di Jerman mengadakan mogok.
Beratus-ratus penerbangan dibatalkan di lapangan terbang utama di seluruh negara, termasuk hab tersibuk di Frankfurt dan Munich, lapor Agensi Anadolu.
Sekitar 1,170 penerbangan di lapangan terbang Frankfurt terjejas, manakala lebih 780 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Munich, menjejaskan lebih 200,000 penumpang.
Mogok membabitkan kakitangan pengangkutan, keselamatan dan darat juga menyebabkan gangguan besar dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang Cologne-Bonn, Dusseldorf, Hamburg, Hannover dan Stuttgart.
Sementara itu, pengendali kereta api Nasional Deutsche Bahn membatalkan semua perjalanan jarak jauh dan perkhidmatan serantau yang dijadualkan pada Isnin.
Pemandu bas, trem dan metro di tujuh negeri termasuk Bavaria dan Rhine-Westphalia Utara - turut menyertai mogok itu.
Kesatuan sekerja ver.di dan EVG bersama-sama menggesa agar mogok diteruskan 24 jam untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan dan syarikat pengangkutan awam ekoran pertikaian berterusan mengenai gaji dan persekitaran kerja.
EVG, yang mewakili lebih daripada 200,000 pekerja, menuntut kenaikan gaji 12 peratus dan tidak kurang daripada EUR650 (US$$700) sebulan.
Kesatuan sekerja ver.di mewakili sekitar 2.5 juta pekerja awam, menuntut kenaikan gaji 10.5 peratus dan tidak kurang daripada EUR500 (US$540) di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi dan krisis kos sara hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Jerman pada Isnin menyaksikan mogok terbesar sejak tiga dekad ekoran puluhan ribu pekerja sektor pengangkutan di Jerman mengadakan mogok. - Foto AP
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.