Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Bernama
Fri Aug 09 2024
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan. - Gambar fail
RATINGEN (Jerman): Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan, menurut Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat.
Hak jenama untuk perniagaan Eropah yang muflis itu akan dijual kepada pelabur kewangan Britain Alteri.
Pada Mei, Esprit memfailkan insolvensi untuk perniagaan Eropahnya.
Esprit aktif di sekitar 40 negara di seluruh dunia dan mempunyai ibu pejabat utamanya di Ratingen, Jerman dan Hong Kong.
Jerman adalah pasaran paling penting bagi kumpulan itu.