TOKYO: Loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima telah menyelesaikan tahun pertama pelepasan air radioaktif terawat ke laut walaupun menerima bantahan dari dalam dan luar negara, menurut pengendali loji itu lapor Xinhua.
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Ahad berkata loji itu menyelesaikan fasa keempat dan terakhir pelepasan air radioaktif terawat untuk tahun fiskal semasa yang berakhir pada Mac.
Mengikut rancangan awal, lebih 31,000 tan air terawat yang mengandungi tritium radioaktif akan dilepaskan ke laut bermula Ogos 2023 dengan setiap pusingan pelepasan dijalankan selama kira-kira dua minggu.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi pada awal minggu ini menekankan usaha berterusan dalam memantau pelepasan air radioaktif terawat di lautan Jepun dari loji berkenaan susulan lawatan pertamanya ke wilayah Fukushima sejak pelepasan air terawat bermula.
Walaupun kerajaan Jepun dan TEPCO telah menegaskan keselamatan dan keperluan pelepasan air terawat, kebimbangan telah dibangkitkan dari negara jiran dan pemegang kepentingan tempatan mengenai impak alam sekitar.
Seorang nelayan dari bandar Shinchi di Fukushima, Haruo Ono berkata semua nelayan membantah pelepasan air radioaktif terawat ke laut.
Menurut beliau, air tercemar itu telah masuk ke kawasan yang mereka anggap bernilai dan proses berkenaan akan berterusan sekurang-kurangnya selama 30 tahun.
--BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
TEPCO pada Ahad berkata loji itu menyelesaikan fasa keempat dan terakhir pelepasan air radioaktif terawat untuk tahun fiskal semasa yang berakhir pada Mac. -Gambar fail/Reuters
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
3 pelepasan tambahan sisa air radioaktif Fukushima dirancang sebelum Mac depan
Jepun akan melepaskan air tercemar tambahan daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah sebanyak tiga kali pada Mac depan, menurut kerajaan Korea Selatan pada Khamis.