TOKYO: Pengebumian negara bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang dibunuh Julai lepas, akan menelan belanja kerajaan kira-kira 250 juta yen (US$1.82 juta), lapor Sputnik.
Agensi Berita Kyodo yang memetik sumber terdekat melaporkan, bahawa keputusan rasmi mengenai jumlah dana yang diperuntukkan dijangka dibuat pada 26 Ogos.
Menurut saluran TV NHK, kerajaan Jepun sedang membuat persediaan untuk penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam pengebumian negara untuk Abe, termasuk pegawai tinggi asing.
Pengebumian Negara Abe pada 27 September akan menjadi pengebumian negara kedua untuk bekas perdana menteri sejak Perang Dunia II. Pengebumian pertama diadakan pada 1967 untuk Shigeru Yoshida.
Abe, 67, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam kempen pilihan raya. Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.
Upacara pengebumian dan pembakaran mayatnya diadakan pada 12 Julai.
--BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Kerajaan Jepun sedang membuat persediaan untuk penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam pengebumian negara untuk Abe, termasuk pegawai tinggi asing. - Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.

Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.

PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.

Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.

Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.

Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.

Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.

PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.