KUALA LUMPUR: Sekarang adalah masa sesuai untuk pihak berkepentingan dalam minyak sawit di seluruh dunia menjadi sebahagian daripada proses dan tuntutan keadilan terhadap komoditi itu bagi mencegah maklumat mengelirukan mengenai minyak sawit.
Penasihat Undang-Undang European Palm Oil Alliance, Imkje Tiesinga berkata ini kerana parlimen Kesatuan Eropah (EU) sedang menyiapkan bahagian perundangan berkaitan strategi 'farm-to-fork' (proses dari ladang ke meja makanan) EU.
"Pengguna EU ketika ini mendapat maklumat salah apabila melihat label 'bebas daripada minyak sawit' pada produk dan mereka menganggapnya ia adalah sesuatu yang lebih baik.
"Bagi pandangan pengguna, maksud 'tidak mengandungi minyak sawit' ialah rendah atau dikurangkan asid lemak tepu, sehubungan itu dakwaan 'tiada sawit' itu adalah melanggar peraturan tuntutan.
"Dan dakwaan 'bebas daripada' adalah mengelirukan kerana sudah ada kewajipan untuk menyatakan bahan-bahan yang terdapat dalam barangan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi webinar bertajuk 'Palm oil-free labels: Misleading the EU Consumer' dihoskan oleh Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Maklumat yang lebih positif dan jujur mengenai minyak sawit yang mampan akan mengurangkan keperluan untuk mengiklankan mengenai produk bebas minyak sawit, kata Tiesinga.
Justeru, semua penggiat dalam rantaian minyak sawit perlu bekerjasama dengan bukan sahaja pengeluar dan negara pengeluar tetapi turut melibatkan pengeluar, peruncit, saintis dan organisasi bukan kerajaan.
"Mereka harus memasukkan maklumat salah itu mengenai aspek pemakanan untuk memberikan gambaran lengkap dan memperkukuhkan maklumat menerusi media sosial. Bersama-sama, kita dapat menjadikan minyak sawit lestari sebagai alternatif yang menarik."
Beliau juga menggesa para pemain minyak sawit untuk terlibat dalam dialog terbuka untuk mengetahui mengapa dakwaan 'bebas daripada' digunakan dan menjelaskan dengan jujur bersama maklumat yang telus bahawa menggunakan produk bebas minyak sawit pengguna akan mendapat maklumat salah mengenai aspek pemakanan dan/atau aspek kemampanan.
Sementara itu, Presiden Kehormat Solidaridad Network, Nico Roozen berkata masa depan minyak sawit adalah minyak sawit yang mampan.
"Jangan boikot tetapi tangani masalah kritikal. Saranan bahawa minyak sayuran alternatif dapat menggantikan minyak sawit adalah mengelirukan dan tidak produktif.
"Pada tahun 2017, permintaan minyak sayuran di peringkat global adalah 210 juta tan dan daripada jumlah itu minyak sawit hanya menggunakan 52.33 juta hektar tanah, ia merupakan penggunaan tanah yang sedikit dibandingkan dengan minyak bijian yang menggunakan 2.35 juta hektar, biji kapas minyak 1.65 bilion hektar, kacang tanah 1.16 bilion hektar dan minyak kelapa 671.13 juta hektar," katanya.
Penceramah pada acara hari ini berpandangan bahawa Eropah sedang mengalami perubahan besar dalam mempromosikan bukan hanya berkaitan kelestarian tetapi juga kesihatan dan mereka meminta industri minyak sawit dengan Indonesia dan Malaysia menjadi dua pengeluar terbesar untuk melakukan perubahan yang memberi kesan yang baik.
"Eropah mahu memperkasakan pengguna dan mempromosikan kelestarian dan kehidupan yang sihat tetapi pelabelan 'bebas daripada minyak sawit' sebenarnya tidak memperkasakan pengguna.
"Persoalannya adalah dari mana datangnya maklumat ini. Secara komersial, beberapa syarikat memanfaatkan kebimbangan dihadapi pengguna mereka terhadap minyak sawit," kata Pengasas Bersama Competere, Prof Pietro Paganini yang bertindak sebagai moderator pada sesi webinar tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Semua penggiat dalam rantaian minyak sawit perlu bekerjasama dengan bukan sahaja pengeluar dan negara pengeluar tetapi juga pengeluar, peruncit, saintis dan organisasi bukan kerajaan, kata Tiesinga. - Gambar fail
Mangsa banjir di Perlis akan terima bantuan wang tunai - MB
Mangsa banjir di Perlis akan diberikan bantuan wang tunai segera menerusi Tabung Bencana Perlis, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
AWANI Tonight: 18 Sept 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC seizes RM800,000 in cash from immigration officers' homes
2. Are policy interventions effective in the war on sugar?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC seizes RM800,000 in cash from immigration officers' homes
2. Are policy interventions effective in the war on sugar?
#AWANIEnglish #AWANINews
Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
AWANI Tonight: Policy interventions for war on sugar effective?
Assoc Prof Dr Geeta Appannah from University Putra Malaysia (UPM) weighs in on the governments efforts to bring down sugar consumption and whether the measures are enough to encourage behavioural change among Malaysians.
AWANI Tonight: MACC seizes RM800K in cash from immigration officers' homes
The MACC seized nearly RM800,000 in cash from bedrooms during a raid on two Immigration Department officers linked to a syndicate that smuggled foreigners using counter setting modus operandi.
Ini bukan masanya untuk perkenalkan semula peperiksaan – CEO Untuk Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif ‘Untuk Malaysia’, Zul Fikri Zamir berkata ketika ini bukan masanya untuk memperkenalkan peperiksaan baharu bagi murid Darjah 6 dan Tingkatan 3. Sebaliknya, Menteri dan seluruh pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menumpahkan segala tenaga untuk menyakinkan bahawa sebarang isu pendidikan semasa boleh diselesaikan tanpa perubahan dasar yang membebankan murid. #AgendaAWANI
PBD, PBS adalah langkah tepat, cuma perlu selesaikan beberapa operasi - IKRAM
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan sekarang adalah langkah tepat untuk tujuan pendidikan murid. Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya perlu menyelesaikan beberapa isu operasi termasuk bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah. #AgendaAWANI
Senibina bersejarah Kuala Lumpur aset meremajakan bandar – Pengarah Urusan Think City
Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed berkata seni bina bersejarah dan ciri-ciri unik bandar raya Kuala Lumpur merupakan aset penting dalam usaha meremajakan kota metropolitan ini. Jelasnya, antara kerja-kerja penting yang telah berjaya menampakkan hasil ialah pemuliharaan bangunan terbiar dan dokumentasi sejarah panjang kota. #AgendaAWANI
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
ASEAN dan EU akan adakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama tentang minyak sawit
Komitmen ini ditekankan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) Ke-31 yang berlangsung di Jakarta pada Rabu.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.