HOS popular, James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Kali Ini Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misérables.

Dalam video, yang disiarkan dalam siri episod "The Late Late Show" pada Selasa, Corden tiba di tempat kerja dalam suasana yang baik kerana pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu.

Namun, sebaik melihat kelibat Trump muncul di skrin TV, Corden menyanyikan lagu parodi.

"Satu hari lagi

Hari terakhir Trump sebagai Presiden

Rumah Putih mempunyai penghuni baharu

Sudah empat tahun kejahatan tanpa henti

Tetapi sekarang sudah tiba masanya dia keluar"


Ketika lagu ini dipersembahkan, barisan seniman masa lalu dan sekarang "Les Misérables" ikut serta, termasuk Patti LuPone, Matt Lucas, Joshua Grosso, Jillian Butler, Emily Bautista, Kyle Scatliffe dan Shuler Hensley.

 
Presiden AS | Parodi hari terakhir Trump