RAMALLAH: "Koridor Maut dan Penghinaan" begitulah yang disifatkan oleh wartawan Palestin Salwa Al Rabiah (bukan nama sebenar) yang terpaksa menempuhi Jalan Salah al-Din yang ditetapkan regim Israel sebagai "Koridor Kemanusiaan" untuk perpindahan ribuan penduduk Gaza dari utara ke selatan.
Al-Rabiah berkata: "Pada pagi 12 November, kami terpaksa bergerak keluar dari utara Gaza menuju selatan melalui Jalan Salah al-Din kerana hospital yang kami berlindung dibedil tentera Zionis", lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau sebelum ini berlindung di Hospital al-Quds bersama 10 ahli keluarganya setelah pangsapuri mereka di Gaza musnah di serang tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt lepas.
Hospital al-Quds yang diselia Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Gaza City, merupakan hospital kedua terbesar di Semenanjung Gaza selepas Hospital Al-Shifa.
Al-Rabiah berkata sebaik tiba di satu kawasan, tentera Israel menahan kenderaan dan mengarahkan semua turun dan dipaksa berjalan kaki.
"Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan.
"Masing-masing menggendong anak dan menggalas beg pakaian, berjalan kaki di hadapan muncung kereta kebal yang mengawasi kami sepanjang perjalanan sejauh 14 kilometer hingga ke Wadi Gaza selama lebih 10 jam.
"Pada setiap sekatan jalan pula, kami ditahan lebih sejam setengah. Ada wanita yang menjadi mangsa pencabulan, ada juga yang barang kemas mereka dirampas. Malah, ada juga beberapa orang yang dipaksa menanggalkan pakaian dalam keadaan cuaca sangat sejuk di hadapan kami semua," katanya.
Menceritakan keadaan semasa berlindung di Hospitl al-Quds, Al-Rabiah berkata hospital itu menjadi tempat berlindung kira-kira 15,000 orang dengan keadaan sangat sesak dan kekurangan bekalan makanan serta ketiadaan air bersih untuk diminum.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami menerima amaran hospital itu akan diserang. Kami hidup dalam ketakutan dan kebimbangan namun cuba menenangkan antara satu sama lain, walaupun kami tahu rejim Zionis benar-benar akan menyerang dan membunuh kami semua seperti yang berlaku di Hospital al-Mu'ammadani sebelum ini," katanya.
Setelah 20 hari dikepung, tentera Israel pada Sabtu memutuskan sepenuhnya bekalan elektrik dan air serta rangkaian telekomunikasi sebelum memulakan serangan.
"Saya meminta bantuan melalui laman media sosial, selain berhubung dengan Persatuan Palang Merah, namun mereka berkata masanya tidak sesuai dan meminta kami menunggu operasi menyelamat," katanya.
Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan antara orang terakhir berjaya dibawa keluar dari Hospital al-Quds berkongsi detik ngeri yang dilaluinya.
"Ketika tidak sampai kira-kira 50 meter saya dan orang awam yang berlindung di hospital itu termasuk pesakit lain keluar meninggalkan kompleks hospital itu sambil mengangkat sepanduk putih, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kami dan memaksa kami berpatah balik ke hospital.
"Kami kemudian diarah keluar melalui laluan lain untuk menuju ke Jalan Salah al-Din.
"Setelah dua jam berjalan, ada beberapa orang dalam kalangan kami menjadi mangsa sasaran penembak hendap. Akhirnya kami tiba di Jalan Salah al-Din sambil dikelilingi kereta kebal. Maka bermulalah detik paling menghinakan dalam hidup kami," kata lelaki itu.
Tentera Zionis turut bertindak mencampakkan debu tanah sebelum meminta menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
"Ada beberapa orang pemuda dipanggil dan diminta untuk menanggalkan pakaian di hadapan kami. Saya dan beberapa orang lagi dikerahkan untuk masuk ke dalam sebuah lubang untuk disoal siasat," katanya.
Bukan itu sahaja, tentera Zionis turut menyoal siasat para doktor dan pegawai Palang Merah, ada doktor yang ditahan manakala beberapa orang diarah menghadap timbunan pasir.
"Kemudian, kami menyaksikan seorang pemuda ditembak dan tidak diketahui nasibnya sekarang. Sementara enam orang pemuda lagi dipaksa tunduk hormat kepada bendera penjajah sambil muncung senapang dihalakan ke arah mereka," katanya.
Operasi Hospital al-Quds di Gaza pada Ahad sudah terhenti sepenuhnya akibat ketiadaan bekalan petrol dan elektrik.
Selain dikepung dengan kereta kebal, bangunan hospital turut diserang bertubi-tubi dan dibedil dengan mortar mengorbankan pesakit dan penghuni yang berlindung di situ, menurut WAFA.
Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu mengumumkan 26 daripada 35 buah hospital di Semenanjung Gaza sudah menghentikan operasi kerana ketiadaan bekalan petrol dan terputus bekalan eletrik.
Menurut laporan berita, sekurang-kurangnya 13,000 penduduk Palestine terbunuh manakala ribuan lagi cedera parah dalam serangan tanpa henti tentera Zionis Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan, dipaksa berjalan kaki di lintasan itu. - AP
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Konflik Asia Barat: Netanyahu tertekan, perang gagal realisasi matlamat
Hasrat Netanyahu mahu menghapuskan Hamas dan mengambil alih Gaza masih jauh dari jangkauan.
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh awal Rabu dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan yang melindungi penduduk kehilangan tempat tinggal di Gaza.
'Mimpi ngeri yang tiada penghujung' - UNRWA
Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, menyifatkan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza selama h
Hezbollah akan segerakan pemilihan ketua baharu
Beliau bercakap dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan,penampilan pertama seorang pegawai Hezbollah sejak Nasrallah terbunuh pada Jumaat dalam serangan Udara Israel di Lubnan.
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.
Serbuan Israel di Jenin sebabkan kemusnahan dahsyat
Serbuan yang berlangsung hampir 15 jam itu turut memusnahkan infrastruktur yang telah diperbaiki penduduk.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Gencatan senjata di Gaza: Ada negara yang sentiasa alihkan tumpuan - Kurt M Campbell
Usaha untuk memuktamadkan rundingan perjanjian gencatan senjata di Gaza bukan satu perkara yang mudah dicapai.
UAE terus sokong penjagaan kesihatan di Gaza dengan kerjasama WHO
Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan.
6 maut dalam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah di Gaza.