SEBUAH jet Angkatan Udara Itali menerbangkan 86 penumpang ke lapangan terbang utama Rom dari Kabul setelah Taliban berkuasa di Afghanistan.

Mereka terdiri daripada warga Itali serta anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menurut Kementerian Luar Negara.

Itali turut membawa warga Afghanistan yang bekerja dengan Itali serta ahli keluarga mereka.

Penerbangan pada Rabu itu adalah misi evakuasi kedua oleh Itali minggu ini.

Pegawai Itali memaklumkan, akan mengerahkan sejumlah tujuh jet tentera lagi untuk membawa penumpang keluar dari Lapangan Terbang Kabul.

Pada Jun lalu, Itali membawa keluar semua anggota tenteranya dari Afghanistan, sekali gus mengakhiri penempatan selama 20 tahun di situ.