Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia berpendirian bahawa isu-isu berkaitan keselamatan di Laut China Selatan (LCS) perlu ditangani secara rundingan.
Malah, katanya semua pihak diminta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan di wilayah maritim itu.
Perdana Menteri dalam intervensinya semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-29 di sini berkata perkara berkenaan turut dipersetujui semua pemimpin ASEAN.
"Mereka (pemimpin ASEAN) mempunyai pendapat yang sama dan ini (perkara itu) dibawa ke dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini.
Najib berkata sidang itu turut menyasarkan supaya Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan Pemakaian Kod Tata Laku di Laut China Selatan (COC) dilaksanakan pada tahun hadapan.
"Kalau DOC dan COC ini dilaksanakan, kita boleh uruskan isu Laut China Selatan tanpa ada ketegangan," katanya.
Selain itu, perdana menteri berkata sidang itu juga bersetuju pelaksanaan Kod Pertembungan Tidak Terancang di Laut (CUES) dan garis panduasn talian bebas dalam kalangan pegawai kanan
Kementerian Luar negara anggota ASEAN dan China digunakan jika berlaku kecemasan di wilayah maritim itu.
"CUES ini akan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di Laut China Selatan," katanya.
Isu berkaitan LCS kebelakangan menjadi isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama seperti perkembangan di LCS, keganasan dan ekstremisme, keselamatan maritim dan isu-isu keselamatan yang lain.
Perdana menteri hari ini mengetuai program padat delegasi Malaysia pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN hari ini yang bermula dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-29, diikuti Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu yang melibatkan China, Jepun, Korea Selatan, ASEAN Campur Tiga, Australia, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Najib turut mengadakan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang, bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
"Perbincangan dua hala itu turut berkisar berkenaan lawatan rasmi saya ke China yang dijadualkan pada 1 hingga 2 Nov akan datang," katanya.
Bernama
Wed Sep 07 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama pemimpin-pemimpin ASEAN iaitu Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, antarnya. - Gambar Bernama
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.