ISTERI kepada Raja Dadah Mexico, Joaquin 'El Chapo' Guzman, dibebaskan dari penjara di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Sebelum ini Emma Coronel Aispuro mengaku bersalah atas tuduhan berhubung kes penyeludupan dadah dan dipenjara selama 3 tahun pada November 2021.
Hukuman penjara itu kemudian telah dikurangkan.
Suaminya sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di sebuah penjara di Colorado.
Bulan lalu, Guzman telah mengemukakan permintaan agar isterinya serta dua anak perempuan mereka dibenarkan melawatnya di penjara.
Guzman, 66, didapati bersalah pada tahun 2019 atas 10 tuduhan berhubung kes penyeludupan dadah.
Selain dadah, Guzman juga didapati bersalah memiliki senjata api tanpa lesen dan pengubahan wang haram.
Dia ditahan pada Januari 2016 selepas memboloskan diri dari penjara di Mexico melalui terowong lima bulan sebelum itu dan diekstradisi untuk menghadapi perbicaraan di AS pada 2017.
Kartel Sinaloa yang diketuai Guzman dianggar telah menyeludup lebih daripada 1,000 tan kokain, marijuana, methamphetamine dan heroin ke AS.
Astro Awani
Wed Sep 13 2023

Emma Coronel Aispuro ketika menghadiri perbicaraan suaminya, Raja Dadah Guzman yang dikenali sebagai 'El Chapo' di New York pada tahun 2019. - Foto fail/REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Isteri Raja Dadah 'El Chapo', Emma Coronel dibebas dari penjara
Sebelum ini Emma Coronel mengaku bersalah atas tuduhan berhubung kes penyeludupan dadah dan dipenjara selama 3 tahun.