Wanita Islam yang sudah berkahwin di China dipercayai sering dipaksa untuk berkongsi satu katil dengan pegawai kerajaan lelaki yang dihantar untuk memantau mereka, lapor portal berita antarabangsa.
Business Insider melaporkan, pendedahan menggemparkan itu dibuat selepas golongan isteri etnik Uighur di wilayah Xinjiang diminta untuk 'menjemput' pemeriksa ke rumah mereka, di bawah program pengawasan wajib, ketika suami mereka ditahan di pusat pendidikan semula di negara itu.
Ketika terpaksa berpisah dengan suami masing-masing, mereka juga perlu memberikan maklumat tentang aktiviti seharian dan pandangan politik mereka kepada pemeriksa lelaki yang menggelar diri mereka sebagai 'saudara' golongan itu.
Selain itu, mereka juga digalakkan untuk 'menyemai perasaan cinta' antara satu sama lain.
Difahamkan, golongan 'saudara' tersebut datang melawat mereka setiap dua bulan dan akan tinggal seperti pasangan suami isteri sepanjang hari.
"Mereka akan 'bantu' keluarga itu dengan ideologi dan membawa idea baharu. Mereka akan bercakap tentang kehidupan apabila mula terbit perasaan cinta," lapor Radio Free Asia memetik kenyataan pegawai kerajaan dari daerah Yengisar di wilayah Kashgar.
Jelasnya, antara 70 hingga 80 keluarga di bandar itu menerima kunjungan 'saudara' kebanyakannya lelaki etnik Han yang akan tinggal selama enam hari bersama setiap keluarga.
Sementara itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW) mendedahkan kempen kerajaan digelar 'Berpasangan dan Menjadi Keluarga' telah dikuatkuasakan di wilayah didiami etnik minoriti Islam tersebut sejak awal 2018.
"Keluarga Islam di seluruh Xinjiang kini terpaksa tidur dan makan di bawah pemerhatian ketat walaupun di dalam rumah mereka sendiri," kata penyelidik kanan di kumpulan yang berpusat di New York, Maya Wang, seperti yang dilapor portal berita Independent.
Pembongkaran program itu dibuat selepas Beijing dikatakan menggalakkan lelaki Han berkahwin dengan wanita Uighur untuk mengajar mereka tentang apa disebut kerajaan sebagai 'ideologi yang betul'.
Kerajaan pusat didakwa cuba menarik lelaki yang masih bujang di kawasan pedalaman China untuk berpindah ke wilayah Xinjiang dan mengikat tali perkahwinan dengan wanita Islam yang sudah berkahwin.
Mereka yang mengikuti dasar itu dikatakan akan menerima tanah percuma dan insentif perumahan.
Kira-kira 30 juta lelaki di China kebanyakannya penduduk Han gagal mencari pasangan hidup kerana isu ketidakseimbangan jantina di negara tersebut.
Ketika artikel ini diterbitkan, pihak Astro AWANI sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa berhubung perkara ini.
Seorang jurucakap dari kedutaan hari ini berkata, berita ini merupakan berita palsu yang memalukan dan kejam.
Seperti mana berita palsu berhubung Xinjiang yang pernah dilaporkan sebellum ini, laporan ini juga hanyalah khabar angin semata-mata yang disebarkan tanpa sebarang bukti jelas dan sememangnya terlalu dangkal dan tidak masuk akal sama sekali.
"Saya percaya, sesiapa sahaja yang memahami pembangunan negara China dan situasi sebenar di Xinjiang, atau sesiapa sahaja yang mempunyai pertimbangan rasional, tidak akan mudah menerima dakwaan palsu yang boleh mengundang fitnah ini," kata jurucakap berkenaan.
Agensi
Wed Nov 06 2019

Kerajaan pusat didakwa cuba menarik lelaki yang masih bujang di kawasan pedalaman China untuk berpindah ke wilayah Xinjiang dan mengikat tali perkahwinan dengan wanita Islam yang sudah berkahwin. - Foto Agensi

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.