Israel menembak mati lapan orang di selatan Gaza pada Jumaat, hanya sejam selepas gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam dilaksanakan.

Seorang doktor di hospital yang terletak berdekatan hospital Abu Yusef al-Najjar tidak memberikan sebarang maklumat berkenaan identiti mangsa yang maut.

Namun, katanya mereka mati akibat dibom di timur Rafah selepas seorang koresponden AFP menyaksikan pertempuran sengit di lokasi tersebut.